Suami Sarah Palin fail permohonan cerai

Berita Harian - - Dunia -

Los Angeles: Suami kepada bekas calon Naib Presiden Amerika Syarikat, Sarah Palin memfailkan perceraian atas alasan tiada persefaham­an, lapor media negara itu, kelmarin.

Kertas permohonan perceraian yang difailkan di Anchorage, Alaska memetik ‘tiada persefaham­an’ antara Todd dan Sarah Palin - kedua-duanya berusia 55 tahun, menyebabka­n mustahil untuk mereka meneruskan hidup sebagai suami isteri.

Dokumen perceraian itu hanya menggunaka­n nama ringkas pasangan berkenaan namun identiti mereka disahkan berdasarka­n tarikh ulang tahun perkahwina­n dan tarikh lahir anak bongsu pasangan terbabit.

Todd dan Palin melangsung­kan perkahwina­n pada 1988 serta memiliki lima cahaya mata.

Keluarga itu menjadi perhatian ramai apabila bekas senator Republikan, John Mccain menamakan Palin, ketika itu gabenor Alaska sebagai rakan gandingan untuk pilihan raya presiden pada 2008. Gabungan Mccain dan Palin bagaimanap­un tewas kepada Barack Obama dan Joe Biden.

Palin berkhidmat sebagai gabenor Alaska bermula 2006 hingga 2009.

Sejak itu beliau dan suami, seorang nelayan komersial serta pengeluar minyak muncul dalam beberapa rancangan realiti televisyen.

Anak sulung pasangan terbabit, Bristol adalah peserta musim 2010 bagi rancangan Dancing With the Stars.

Selepas meninggalk­an pejabat gabenor, Palin menganggot­ai gerakan ultra konservati­f, Tea Party yang menyumbang kepada kebangkita­n fahaman populis, dibawa oleh Presiden Donald Trump.

Palin adalah penyokong kuat Trump sejak pilihan raya presiden 2016. AFP

(Foto AFP)

Palin dan suami dikatakan tidak sehaluan lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.