‘Pogba sentiasa di hati Real’

Ramos anggap bintang United seorang pemain hebat, berpengaru­h

Berita Harian - - Sukan -

London: Pemain seperti bintang Manchester United, Paul Pogba sentiasa dialu-alukan di Real Madrid, kata kapten kelab gergasi Sepanyol itu, Sergio Ramos.

Pogba menghabisk­an kempen perpindaha­n musim panas lalu dengan spekulasi keluar dari Old Trafford dengan Real dikhabarka­n sebagai calon utama.

Sekalipun Ketua Jurulatih Real, Zinedine Zidane tidak bersembuny­i menyatakan Pogba sebagai sasaran utamanya, perbelanja­an mewah yang dibuat kelab itu dengan membawa masuk Eden Hazard, Luka Jovic dan beberapa lagi pemain menyebabka­n tuntutan tinggi United tidak dapat dilunaskan.

Berikutan itu, Pogba kekal di Old Trafford sehingga jendela perpindaha­n ditutup tetapi tidak mustahil Real sekali lagi dikaitkan dengan bintang Perancis itu di masa depan dengan Ramos berkata kehadirann­ya amat dialu-alukan.

“Saya fikir Real Madrid sentiasa membuka pintu untuk pemain sepertinya,” kata Ramos.

“Bagi saya, Pogba adalah salah seorang pemain yang hebat. Dia berbeza dan dia sudah menunjukka­n nilainya di Juventus dan kini di Manchester United.

“Saya fikir dia membawa keseimbang­an kepada pasukan. Dia mempunyai pengaruh yang hebat ketika menyerang dan dia mempunyai fizikal yang mengagumka­n.”

Pogba ketika ini mencetus resah United apabila dia terlepas kedua-dua perlawanan antarabang­sa bersama skuad kebangsaan Perancis menentang Albania dan Andorra susulan kecederaan.

United berharap Pogba kembali meraih kecergasan penuh dengan kelab itu akan mengharung­i jadual padat selepas ini.

Selepas perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Leicester City, Sabtu ini, United dijadual bertemu kelab Kazakhstan, Astana bagi kempen Liga Europa minggu depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.