Schumacher jalani rawatan di Paris

Berita Harian - - Sukan -

Paris: Bekas juara dunia Formula Satu (F1) Michael Schumacher dimasukkan ke hospital di sini, kelmarin untuk menjalani rawatan perintis.

Juara dunia tujuh kali itu, yang akan berumur 50 tahun pada Januari, tidak kelihatan dalam kalangan orang awam sejak mengalami kemalangan sewaktu meluncur salji di Pergununga­n Perancis lima tahun lalu.

Sehingga kini, keadaan dirinya masih dirahsiaka­n. Bagaimanap­un, pemandu Jerman itu dimasukkan ke Hospital Eropah Georges Pompidou di tenggara Perancis untuk melalui rawatan ‘stem-cell’ yang akan dilakukan oleh pakar bedah negara itu, Philippe Menasche yang juga pakar jantung.

Doktor berusia 69 tahun itu yang terkenal di serata dunia kerana melakukan pemindahan sel embrio pertama dunia terhadap pesakit yang mengalami masalah hati pada 2014.

Akhbar Le Parisien melaporkan: “Pada jam 3.40 petang semalam (kelmarin) pengusung tiba di tingkat pertama Hospital Eropah Georges Pompidou.”

Tubuh Schumacher atau Schumi ditutup kain biru dengan wajah dan tubuhnya turut dilitupi,” ketika dibawa ke Pusat Pemerhatia­n Berterusan Jabatan Pembedahan Kardiovask­ular.

Kontinjen terdiri daripada 10 orang, menurut laporan berita itu dengan menambah Professor Menasche mengetuai kumpulan itu.

Michael Schumacher

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.