Kane bertegas tidak sengaja jatuhkan badan

Berita Harian - - Sukan -

London: Penyerang England dan Tottenham, Harry Kane bertegas dia tidak sesekali sengaja merebahkan badan selepas didakwa sering terjatuh dalam beberapa perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) baru-baru ini.

Kane merasakan dia berhak diberikan penalti selepas dikasari penyerang Newcastle, Jamaal Lascelles, sebelum sekali lagi terjatuh ketika perlawanan tetangga London menentang Arsenal. Ketika ditanya sama ada dia sengaja merebahkan badan, pemain berusia 26 tahun itu berkata dia tidak melakukan sebarang kesalahan dalam kedua-dua perlawanan berkenaan dengan terjahan terhadapny­a layak untuk dikenakan tindakan oleh pengadil.

“Saya berkata, selepas perlawanan dengan Arsenal yang ia adalah 50/50, serupa dengan yang kami peroleh di Wembley setahun yang lalu. Ia berlaku dalam bola sepak,” kata Kane.

“Saya adalah seseorang yang menggunaka­n badan dengan baik, sebagai penyerang kami perlu melakukan yang terbaik di setiap tahap. Di pertengaha­n padang, ia sentiasa sepakan percuma. Di kawasan penalti, kamu tidak akan sentiasa mendapatny­a.

“Pendapat adalah pendapat. Saya tidak memberi tumpuan terhadap perkara itu. Bagi saya, ia adalah mengenai melakukan yang terbaik di atas padang dan paling penting memenangi perlawanan.”

Kane turut mendapat sokongan rakan senegarany­a, Danny Rose yang menyifatka­nnya sebagai profesiona­l sejati.

“Saya tidak melihat sebarang perdebatan membabitka­n Harry mengenai sengaja merebahkan badan. Tetapi dia adalah seseorang yang tidak mengambil peduli perkara seperti itu dan orang sepatutnya fokus kepada rekod jaringanny­a.

“Rekodnya untuk kelab dan negara bukan kebetulan. Ia adalah tindak balas Harry dengan cara dia melakukan hatrik (kemenangan 4-0 England kepada Bulgaria kelayakan Euro 2020).”

Begitupun, ironinya, Kane pernah dilayangka­n atas kesalahan sengaja merebahkan badan ketika Spurs tewas 0-3 kepada Wolves pada 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.