Loew lega Jerman kembali di landasan

Belanda pula hidupkan peluang selepas atasi Estonia

Berita Harian - - Sukan -

Belfast: Jurulatih Jerman, Joachim Loew berkata pasukannya masih dalam ‘fasa pembelajar­an’ selepas mereka kembali mengemudi kempen kelayakan Euro 2020 ke landasan sebenar selepas kemenangan 2-0 mengatasi Ireland Utara, kelmarin.

Jerman ke sini dengan memerlukan kemenangan selepas tewas 4-2 di laman sendiri kepada Belanda di Hamburg Jumaat lalu menyebabka­n mereka berdepan bahaya tersingkir daripada kelayakan automatik.

Bagaimanap­un, kemenangan itu menyaksika­n mereka menendang Ireland Utara dari persada Kumpulan C sekali gus menamatkan rentetan empat kemenangan daripada empat perlawanan skuad kendalian Michael O‘neill.

“Kami berdepan tekanan selepas kekalahan kepada Belanda,” kata Loew kepada RTL.

Rasa gementar pasukannya ditunjukka­n pada babak pertama sebelum jaringan Marcel Halstenber­g dan Serge Gnabry memastikan tiga mata penuh.

“Kami perlu mengatasi beberapa masalah dalam perlawanan - Ireland Utara sangat berani dan menyerang kami sejak awal,” kata Loew yang mengakui pasukannya patut menamatkan saingan lebih awal.

“Kami lebih baik pada babak kedua. Kami dalam fasa pembelajar­an,” katanya.

Sementara itu, dua jaringan Ryan Babel membantu Belanda menang 4-0 mengatasi Estonia di Tallinn, seterusnya menguatkan harapan mereka dalam kelayakan Euro 2020.

Skuad kendalian Ronald Koeman berkeduduk­an ketiga Kumpulan C, kurang satu perlawanan dalam tangan namun ketinggala­n tiga mata di belakang pendahulu Jerman dan pasukan tangga kedua, Ireland Utara selepas pelawat menang

2-0 pada pertemuan di Belfast.

“Sebelum perlawanan kami sedar jika kami tidak fokus sejak mula ia akan menjadi malam yang sukar,” kata pemain berusia 32 tahun, Babel kepada NOS TV.

Memphis Depay menjadi bintang pada penampilan ke-50 buat Belanda dengan satu gol dan dua bantuan gol manakala Georginio Wijnaldum menjaringk­an gol buat kanla i dbueragamb­ar dalam empat hari selseeplae­p s tum- rut meledak ketika mefinan g mengatasi Jerman Jumaat lalu di Hamburg. AFP

Joachim Loew dkael dengan trofi kemenangan as enewaskan Medvedev dalam aksi lt e4rb-2uka Amerika Syarikat di New York.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.