Croatia rampas semula carta Kumpulan E

Berita Harian - - Sukan -

Baku (Azerbaijan): Croatia mendaki ke tangga teratas Kumpulan E Kelayakan Euro 2020 meskipun terikat seri 1-1 ketika berdepan Azerbaijan tatkala Hungary tercicir selepas tewas 1-2 di laman sendiri di tangan Slovakia.

Keputusan itu membolehka­n Croatia mengumpul 10 mata dari lima perlawanan, satu mata di depan Slovakia, yang bangkit selepas dimalukan 4-0 oleh Croatia Jumaat lalu.

Wales pula mengumpul enam mata hasil lima perlawanan manakala Azerbaijan hanya meraih satu mata daripada lima aksi.

Croatia memecah kebuntuan seawal minit ke-11 hasil penalti Luka Modric selepas bola terkena tangan Anton Krivotsyuk disusuli serangan bertali arus sebelum pemain gantian tuan rumah, Tamkin Khalilzade menyamakan kedudukan hasil gerakan solo.

Khalilzade berjaya melepasi tiga pertahanan sebelum memperdaya­kan penjaga gol, Dominik Livakovic dengan rembatan leret dari jarak lapan meter.

Penjaga gol tuan rumah, Emil Balayev dua kali menyelamat­kan gawangnya dari dibolosi Nikola Vlasic dan menafikan dua cubaan Ante Rebic di babak pertama manakala dua gol Azerbaijan dibatalkan akibat ofsaid dalam aksi penuh sengit itu.

Jurulatih Croatia, Zlatko Dalic jelas berang dengan persembaha­n anak buahnya dan mahu mereka meningkatk­an prestasi jika mahu memburu slot dalam perlawanan pusingan akhir membabitka­n 24 negara Eropah itu.

“Ada beberapa anak buah saya perlu bangkit,” kata Dalic.

“Kami terlepas terlalu banyak peluang selepas mendahului lawan dan penjaga gol mereka juga beraksi dengan baik. Mereka berjaya mengekang kita dan kami perlu menyalahka­n diri sendiri.” REUTERS

Kami terlepas terlalu banyak peluang selepas mendahului lawan dan penjaga gol mereka juga beraksi dengan baik. Mereka berjaya mengekang kita dan kami perlu menyalahka­n diri sendiri.

Zlatko Dalic, Jurulatih Croatia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.