De Bruyne dijulang selepas Belgium benam Scotland

Berita Harian - - Sukan -

Glasgow: Pengurus Belgium, Roberto Martinez percaya Kevin De Bruyne akan menjadi lebih baik buat kelab dan negara selepas pemain tengah Manchester City itu membantu membelasah Scotland 4-0 di sini, kelmarin.

De Bruyne membantu untuk jaringan Romelu Lukaku, Thomas Vermaelen dan Toby Alderweire­ld dalam tempoh 32 minit pertama sebelum melengkapk­an sendiri jaringan dengan persembaha­n hebat.

Belgium dan City perlu melalui sebahagian besar musim lalu tanpa pemain berusia 28 tahun itu kerana dua pembedahan lutut.

Namun, De Bruyne memulakan musim ini dengan baik untuk menggantik­an tempoh kecederaan dialaminya.

“Dia memulakan musim ini dengan segar dan anda boleh lihat kualiti dimiliknya. Bagi saya dia adalah perancang terbaik dalam bola sepak ketika ini,” kata Martinez.

“Pemain perancang biasanya akan berhenti untuk membuat hantaran, dia boleh melakukann­ya ketika sedang bergerak. Anda melihat dia segar, penuh tanggungja­wab dan memainkan pengaruh yang besar.”

De Bruyne akan menjadi tonggak utama jika Belgium mahu menampilka­n kehebatan sebenar dengan memenangi kejohanan Eropah tahun depan.

Kemenangan itu mengekalka­n rekod 100 peratus pasukan itu dalam Kumpulan I selepas enam perlawanan. AFP

Aksi De Bruyne (tengah) ketika membantu Belgium membenam Scotland 4-0 dalam Kelayakan Euro 2020 di Glasgow, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.