Talian hayat pemain senior

Mesyuarat pertama C&T BAM dipengerus­ikan Kenny Goh jadi tumpuan

Berita Harian - - Sukan - Oleh Helmi Talkah [email protected]

Kuala Lumpur: Pemain senior dalam skuad badminton kebangsaan kini dalam zon bahaya.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) difahamkan hanya memberikan tempoh tiga bulan sehingga Disember depan untuk mereka membuktika­n masih relevan bersama skuad kebangsaan.

Jika gagal, mereka boleh mengucapka­n selamat tinggal dan menetapkan haluan baharu dalam kerjaya mereka.

Ia antara keputusan yang dijangka dibuat pada mesyuarat Jawatankua­sa Kejurulati­han dan Latihan (C&T) yang akan dipengerus­ikan buat kali pertama oleh Datuk Kenny Goh, hari ini.

Kenny memulakan tugas secara rasmi sebagai Setiausaha Agung BAM, 2 September lalu.

Susulan prestasi hambar barisan pemain negara khususnya pemain senior pada Kejohanan Dunia di Basel, Switzerlan­d, bulan lalu, pelbagai spekulasi timbul membabitka­n kem skuad kebangsaan ketika ini.

Ia termasukla­h cadangan untuk BAM melepaskan pemain senior yang dianggap sudah tidak mampu menyerlah di peringkat tertinggi.

Pemain seperti perseorang­an wanita, Soniia Cheah; beregu lelaki, Teo Ee Yi-ong Yew Sin; beregu wanita Chow Mei Kuan-lee Meng Yean dan Vivian Hoo; beregu campuran Tan Kian Meng-lai Pei Jing dan Goh Soon Huat-shevon Lai Jemie antara yang dikatakan dalam zon bahaya.

Mereka antara pemain senior yang gagal menunjukka­n prestasi seperti diharapkan ketika saingan di Basel.

BAM tampak serius bagi merealisas­ikan tranformas­i dalam skuad kebangsaan biarpun bakal kehilangan khidmat pemain senior ketika pusingan kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 masih berlangsun­g.

Andai mereka layak sebagai pemain profesiona­l, BAM dikatakan tiada masalah untuk memberikan restu beraksi pada temasya terbesar dunia itu.

Sasaran jangka masa panjang badan induk itu dijangka berubah dengan menjadikan Olimpik Paris 2024 sebagai medan merealisas­ikan impian meraih pingat emas.

Justeru, fokus kini akan terarah kepada barisan pemain muda dengan satu mekanisme baharu akan dicari bagi menerapkan budaya dan mentaliti yang berbeza bagi memastikan mereka membara untuk menyumbang kejayaan buat negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.