Semangat Hafizh Syahrin kian membara

Berita Harian - - Sukan -

Kuala Lumpur: Kejayaan meraih tiga mata di Grand Prix (GP) British dua minggu lalu menjadi pencetus semangat buat Hafizh Syahrin Abdullah untuk mempamerka­n tunggangan lebih menarik di GP San Marino, hujung minggu ini.

Pelumba Red Bull KTM Tech3 itu berkata, pusingan ke-13 di litar Misano nanti juga menyediaka­n kenangan manis apabila berjaya menemui garisan penamat kedua dalam kelas Moto2, dua tahun lalu.

Begitupun, pelumba berusia 25 tahun itu tetap menjangkak­an saingan sengit di litar sepanjang 4.2 kilometer (KM) berkenaan.

“Saya juga mempunyai memori indah di sana dua tahun lalu. Saya menamatkan saingan di tempat kedua dalam kelas perlumbaan Moto2. Secara keseluruha­nnya, saya akan cuba meningkatk­an kemampuan diri.

“Bukan sesuatu yang mudah tetapi perancanga­nnya adalah untuk cuba sebaik mungkin dan menjadi lebih laju setiap kali berada di trek. Saya banyak melakukan latihan sebelum ini, jadi kita lihat apakah yang bakal berlaku hujung minggu nanti,” kata Hafizh.

Hujung bulan lalu, Hafizh bersama pelumba pasukan Motogp yang lain melakukan ujian rasmi di litar sama dan menamatkan dua hari ujian di tempat ke-20 keseluruha­n.

“Saya tidak sabar untuk GP San Marino. Kami sudah menjalani dua hari ujian di sana dan ia memberikan saya satu perasaan yang bagus,” katanya yang kini sudah mengumpul enam mata daripada 12 pusingan musim.

Saya tidak sabar untuk GP San Marino. Kami sudah menjalani dua hari ujian di sana dan ia memberikan saya satu perasaan bagus.

Hafizh Syahrin Abdullah, Pelumba

Hafizh Syahrin Abdullah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.