Berita Harian

Putera Edward lawat atlet negara

-

Kuala Lumpur: Putera Edward, Earl of Wessex, semalam melawat Kuala Lumpur Sports City (KLSC) dan melihat persediaan atlet Malaysia menghadapi kejohanan masing-masing.

Putera Edward yang juga naib penaung Sukan Komanwel diiringi Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Beliau menyaksika­n penerjun dan perenang kebangsaan beraksi di Pusat Akuatik Nasional sebelum berangkat ke Gimnasium 2 untuk menyaksika­n latihan atlet sepak takraw dan wushu sempena menghadapi Sukan SEA Filipina 2019, November ini.

Beliau kemudian mengakhiri lawatan dengan menyaksika­n atlet trek dan lapangan, gimnastik berirama dan gimnastik artistik di stadium mini dan gimnasium 3 sebelum sesi jamuan teh.

Putera Edward telah meluangkan masa beramah mesra bersama atlet kebangsaan dan atlet para yang sudah bersara di foyer gimnasium 3.

Sebagai naib penaung Sukan Komanwel, Putera Edward juga berpeluang menyaksika­n atlet Malaysia beraksi menjelang Sukan Komanwel 2022 di Birmingham.

Putera Edward ialah dalam rangka lawatan dua hari ke Malaysia dan beliau juga akan melawat Australia.

Kali terakhir beliau berkunjung ke Malaysia pada 2004 bersama Yayasan Anugerah Antarabang­sa Duke of Edinburgh. Putera Edward adalah putera bongsu Ratu Elizabeth II Britain yang juga Duke of Edinburgh.

Sementara itu, Syed Saddiq berkata, beliau bersedia menyelesai­kan kemelut pemilihan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) secepat mungkin jika tiada pilihan.

Beliau menegaskan tindakan campur tangan itu hanya akan dilakukan sekiranya tiada jalan penyelesai­an serta selepas mendapat nasihat daripada Pejabat Pesuruhjay­a Sukan (PPS).

“Kalau sudah sampai ke tahap itu saya akan cuba selesaikan secepat mungkin. Tetapi kena melalui proses sedia ada terlebih dahulu,” katanya.

 ?? (Foto Azhar Ramli/bh) ?? Putera Edward, beramah mesra bersama Atlet Olahraga Negara sambil diiringi Syed Saddiq ketika program lawatan ke Kompleks Sukan Negara di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil.
(Foto Azhar Ramli/bh) Putera Edward, beramah mesra bersama Atlet Olahraga Negara sambil diiringi Syed Saddiq ketika program lawatan ke Kompleks Sukan Negara di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia