Kedah tagih pengalaman trio antarabang­sa

Helang Merah buru tiga mata di Kuala Terengganu

Berita Harian - - Sukan - Oleh Izzali Ismail [email protected]

Alor Setar: Kedah berharap pengalaman Edgar Bernardt, Shakir Hamzah dan Ifwat Akmal yang beraksi bersama pasukan negara masing-masing pada kelayakan Piala Dunia 2022 mampu membantu Helang Merah berdepan Terengganu FC (TFC), Jumaat ini.

Walaupun penat, ketiga-tiga pemain terbabit yang beraksi bersama Kyrgyzstan (Edgar), Singapura (Shakir) dan Malaysia (Ifwat) dijangka tetap diturunkan pada pertemuan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, dalam misi Helang Merah memburu kemenangan ketiga.

Ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak mengakui kembalinya ketiga-tiga pemain itu mampu memberi motivasi tambahan kepada pasukan dalam merampas kedudukan pendahulu Kumpulan A daripada TFC.

“Edgar sudah kembali ke pangkuan Kedah dan akan beraksi bersama pasukan dalam perlawanan persahabat­an menentang pasukan PB Melayu Kedah malam ini (malam tadi) sejurus selesai mewakili negaranya.

“Shakir dan Ifwat pula akan menyusul selepas mereka melengkapk­an jadual bersama pasukan masing-masing iaitu selepas aksi Singapura bertemu Palestin dan Malaysia bertemu UAE,” katanya.

Aidil mengakui pengalaman berharga ketiga-tiga pemain itu dalam aksi peringkat antarabang­sa mampu meningkatk­an keupayaan prestasi masing-masing, sekali gus mampu membantu Helang Merah.

“Pengalaman yang mereka kutip penting untuk pasukan dan saya harap ia memberi sumbangan untuk meningkatk­an keupayaan pasukan dalam aksi Piala Malaysia yang bersambung semula,” katanya.

Dalam persiapan menghadapi TFC, skuad kendalian Aidil mengadakan tiga perlawanan persahabat­an termasuk dua kali menentang skuad Piala Emas Raja-raja (PERR) Kedah dengan keputusan berpihak Kedah 4-0 dan 6-1.

Satu lagi perlawanan persahabat­an menentang naib juara Liga TBH-KFA 2019 iaitu Peqedu FC dengan Helang Merah membelasah lawan 10-0.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.