Sarawak usaha bawa balik rangka manusia awal

Berita Harian - - Sabah & sarawak -

Miri: Kerajaan negeri sedang berusaha membawa balik rangka manusia yang membuktika­n penempatan terawal manusia di Asia Tenggara dijumpai di Gua Niah untuk ditempatka­n kembali di gua itu.

Ahli Parlimen Sibuti, Lukanisman Awang Sauni, berkata Gua Niah memiliki banyak kelebihan daripada aspek sejarah dan warisan yang harus dipromosi dan dipelihara.

“Kita sedang mengusahak­an cara untuk bawa balik rangka manusia yang kini berada di Amerika dan Australia untuk kembali ke Gua Niah.

“Tujuannya supaya khazanah ini dapat dipelihara dan dikenali oleh masyarakat tempatan dan juga menjadi satu jenama khusus kepada negeri Sarawak,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Lukanisman berkata, kajian terkini yang dibuat oleh penyelidik adalah rangka rangka itu berusia dalam lingkungan 65,000 tahun berbanding 40,000 tahun dalam kajian sebelumnya.

Melihat kepada perkembang­an ini, katanya, kerajaan negeri dan ‘stakeholde­rs’ sedang berusaha menjadikan gua tersebut sebagai Tapak Warisan Dunia terbaharu diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).

Beliau berkata, jika berjaya, Gua Niah yang terletak lebih sejam perjalanan darat dari bandar raya ini akan menjadi tapak warisan dunia kedua di bahagian ini selepas Gua Mulu.

“Ini adalah satu usaha bukan mudah tetapi dengan kerjasama kerajaan dan masyarakat saya pasti usaha ini akan berjaya dilaksanak­an,” katanya.

Lukanisman berkata, selain warisan, penyelidik­an budaya hidup moden juga perlu dilaksanak­an seperti kajian seperti budaya pop, sejarah pembanguna­n muzik Melayu dan kebudayaan masa kini.

Tujuannya supaya khazanah ini dapat dipelihara dan dikenali oleh masyarakat tempatan dan juga menjadi satu jenama khusus kepada negeri Sarawak.

Lukanisman Awang Sauni, Ahli Parlimen Sibuti

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.