Agihan interim SAS 2.40 peratus

Bukti Saham Amanah Sabah diurus dengan baik

Berita Harian - - Sabah & sarawak - Oleh Mohd Izham Unnip Abdullah [email protected]

Kota Kinabalu: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal semalam mengumumka­n pengagihan pendapatan interim pertama Saham Amanah Sabah (SAS) bagi tahun 2019 sebanyak 2.40 peratus atau 2.40 sen seunit yang diperoleh daripada pendapatan kasar berjumlah RM36,017,587 setakat 6 September lalu.

Shafie berkata, jumlah itu menghasilk­an kadar pulangan pendapatan sebanyak 7.41 peratus berdasarka­n nilai aset bersih SAS pada 2 Januari lalu iaitu RM0.3240 dengan membabitka­n wang tunai sejumlah RM29,552,976.

Katanya, jumlah bersih itu adalah berdasarka­n kepada bilangan unit SAS yang dipegang oleh pelabur sebanyak 1,231,374 pada 6 September 2019.

“Ini adalah langkah yang cukup baik dan saya yakin ini menampakka­n keupayaan SAS diurus dengan baik dan juga pada masa akan datang. Walaupun menghadapi masalah ekonomi, SAS mampu mengurus dengan memberikan dividen 2.4 peratus.

“Jumlah itu cukup memuaskan walaupun dalam kekangan ekonomi yang tidak menentu bukan hanya pasaran tempatan dan luar negara tetapi keupayaan saham Sabah mengagihka­n dividen ini cukup menggalakk­an,” katanya selepas mengumumka­n agihan dividen itu di Pusat Pentadbira­n Negeri Sabah, di sini.

Mohd Shafie yang jugamenter­i Kewangan Sabah berkata pengagihan pendapatan interim itu akan dibayar kepada 50,264 pelabur terdiri daripada 42,746 atau 85.04 peratus pelabur individu, pelabur di bawah skim Projek Pembanguna­n Rakyat Termiskin 7,317 (14.56 peratus), pelabur melalui pinjaman 151 (0.30 peratus) dan pelabur korporat 50 (0,10 peratus.

Sementara itu, Shafie berkata, Pas Sementara Sabah (PSS) untuk pendatang asing yang sudah lama menetap di Sabah berkuat kuasa 1 Jun tahun depan adalah langkah kerajaan untuk memudahkan pemantauan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata pengeluara­n kad itu bagi menggantik­an IMM13, Kad Burong-burong dan Sijil Banci penting bagi membolehka­n kerajaan mengetahui kedudukan mereka.

“Dokumen sedia ada yang diberikan kepada golongan itu boleh disalin cetak, jadi kita perlu cari apa mekanisme untuk memastikan dokumentas­i lebih teratur dan yang penting kita dapat memantau mereka.

“Jadi, PSS adalah penyelesai­annya, untuk membolehka­n golongan berkenaan dapat terus bekerja di sini, di ladang-ladang dan pada masa yang sama kita pantau mereka. Tujuannya ialah untuk memastikan kira-kira 500,000 golongan ini dapat dipantau.

“Ini lebih baik berbanding sebelum ini, kita tidak tahu di mana kedudukan mereka,” katanya.

Mohd Shafie berkata demikian bagi mengulas pelbagai maklum balas berhubung pengeluara­n kad itu termasuk ada yang mempertika­ikan kewajarann­ya selepas diumumkan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat lalu.

(Foto Ihsan Jabatan Ketua Menteri)

Mohd Shafie bersama ahli lembaga pengarah Saham Sabah Berhad selepas Majlis Pengumuman Dividen Saham SAS di Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.