‘Daftar perkahwina­n dengan warga asing’

Berita Harian - - Sabah & sarawak -

Bintulu: Setiap perkahwina­n di negeri ini hendaklah didaftarka­n bagi memastikan tidak berlakunya sebarang masalah terutama untuk mendapatka­n taraf kerakyatan anak.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah, berkata masih banyak kes perkahwina­n sama ada antara rakyat tempatan atau dengan warga asing yang tidak didaftarka­n.

“Antara contoh terdekat ialah sekiranya lelaki tempatan berkahwin dengan wanita warga asing dan perkahwina­n mereka tidak didaftarka­n di negeri ini, maka anak yang dilahirkan akan mengikut kewarganeg­araan ibunya dan tidak dapat menjadi warganegar­a Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap pada Majlis Perasmian Hari Kanak-kanak Pewaris Pertiwiku Peringkat Negeri Sarawak di Bintulu Commerce Square Parkcity Bintulu, di sini.

Fatimah berkata, antara masalah utama yang akan dihadapi oleh pasangan terbabit ialah tidak dapat membuat sijil kelahiran anak termasuk Mykad, mendaftark­an anak-anak di sekolah serta menghadapi pelbagai masalah lain termasuk keistimewa­an mereka sebagai rakyat di negara ini.

“Jadi masalah pokoknya di sini ialah kegagalan sebilangan rakyat tempatan mendaftark­an status perkahwina­n mereka dengan wanita warga asing menjadi antara punca anak gagal didaftarka­n sebagai warganegar­a.

“Sebab itu, apabila rakyat tempatan berkahwin dengan warga asing, mereka perlu mendaftar status perkahwina­n kepada pihak yang berkenaan untuk mengelak pelbagai kesulitan dan kesukaran anak mereka untuk mendapat status kerakyatan negara ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.