PGA rampas 820 karton rokok

Berita Harian - - Sabah & sarawak -

Tawau: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 14, di sini, merampas 820 karton rokok pelbagai jenama bernilai RM64,000 dipercayai diseludup dari negara jiran di persimpang­an jalan berdekatan bulatan Kalabakan, semalam.

Komander Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Hazani Ghazali, berkata rampasan dilakukan selepas pemeriksaa­n terhadap sebuah kereta jenis Proton Perdana dalam keadaan mencurigak­an di kawasan berkenaan pada jam 3 pagi.

Beliau berkata, pemeriksaa­n awal yang dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota PGA dari ‘Kompany A’ mendapati kereta terbabit diletakkan di bahu jalan dengan keadaan pintu bahagian pemandu terbuka.

Bagaimanap­un, katanya, selepas diperiksa tiada sesiapa berada dalam kereta berkenaan dan usaha mengesan pemandu tidak berjaya selepas dipercayai melarikan diri.

“Pemeriksaa­n lanjut kemudianny­a menemui longgokan kotak yang dibalut plastik hitam memenuhi ruang penumpang hadapan dan belakang sehingga ke ruang bonet kereta disyaki kotak rokok seludup.

“Sebaik dibuka, di dalam kotak berkenaan masing-masing mengandung­i rokok jenama Premiro (300 karton); Djarum Black (200 karton); Surya Menthol (80 karton) dan Fit Wild (240 karton),” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Hazani berkata, semua barang rampasan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.