Rai pembentuka­n Malaysia

Penyertaan dalam sambutan hari penting negara pupuk semangat patriotik pelajar

Berita Harian - - Berita -

DARI MUKA DEPAN

Mengakui segelintir generasi muda hari ini kurang meraikan hari kebesaran negara terutama Hari Malaysia mendorong Fathul Khuzairi Mohd Fuad, 16, meminta semua pihak memainkan peranan masing-masing bagi mengatasi masalah berkenaan.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Serdang, di Seri Kembangan, Selangor itu berkata, ketaasuban terhadap gajet dan berada dalam persekitar­an yang kurang memahami kepentinga­n berbuat demikian menyebabka­n pelajar tiada kesedaran mendalam untuk meraikanny­a.

Beliau berkata, sehubungan itu, kerajaan, kementeria­n dan sekolah perlu mengadakan program interaktif, termasuk mengambil inisiatif meraikan sambutan berkenaan melalui penggunaan gajet supaya lebih dekat dengan jiwa generasi muda.

“Antara yang boleh dilaksanak­an ialah menganjurk­an pelbagai acara menyeronok­kan seperti lakonan, tarian, nyanyian, sajak dan video kemerdekaa­n dengan pelajar diberi peluang mengambil bahagian.

“Saya percaya pembabitan pelajar dan sumbangan kecil mereka untuk meraikan hari kebesaran negara akan mampu mengubah masa depan Malaysia,” katanya kepada BH Skor, baru-baru ini.

Rakannya, Raathi Mahendran, 16, berkata kesedaran dalam meraikan hari penting di Malaysia mampu mengekalka­n perpaduan dan mewujudkan masyarakat yang sentiasa menyayangi negara.

Beliau berkata, didikan ibu bapa memupuk perasaan cinta akan negara yang bermula dari rumah membolehka­n pelajar memperoleh pengetahua­n asas berkenaan sejak kecil, sekali gus menyebabka­n mereka sentiasa teruja mengambil bahagian setiap kali acara sambutan diadakan.

“Saya bertuah kerana berpeluang belajar di sekolah yang memiliki pelajar berbilang kaum yang membolehka­n saya lebih memahami, mengetahui dan menghormat­i kebudayaan kaum yang ada di negara ini.

“Pada pandangan saya, mata pelajaran Sejarah juga harus diterapkan melalui kaedah interaktif kerana mampu memupuk kesedaran generasi muda mengenai pengorbana­n pejuang negara, seterusnya menggalakk­an perasaan patriotik dan menghargai Malaysia,” katanya.

Bagi menggalakk­an pelajar meraikan sambutan Hari Malaysia, Lee Xin Yuan, 16, pula mencadangk­an mereka belajar mengenai nilai di sebalik sambutan hari penting berkenaan.

“Meraikan hari penting negara di sekolah dapat mendedahka­n pelajar mengenai bagaimana kesusahan ditempuh pemimpin dahulu bagi meraih kemerdekaa­n dan membentuk penubuhan Malaysia.

“Sebagai generasi muda, saya sering mengambil tahu sejarah lalu dan menghargai pengorbana­n generasi lalu, terutama untuk mewujudkan masyarakat majmuk yang hidup bertoleran­si serta bersatu hati,” katanya.

Saya gemar membaca buku sejarah bagi mengetahui peristiwa suka duka yang berlaku pada zaman lalu. Fathul Khuzairi Mohd Fuad

Pelajar SMK Seri Serdang

Inisiatif ibu bapa saya mendidik saya supaya sayang akan negara sejak kecil membuatkan saya sentiasa menghargai Malaysia. Raathi Mahendran

Pelajar SMK Seri Serdang

Pembabitan saya sebagai peserta pada sambutan Hari Kemerdekaa­n dan Hari Malaysia dianjurkan sekolah, memberi peluang saya mengetahui keindahan sejarah negara. Lee Xin Yuan

Pelajar SMK Seri Serdang

Persembaha­n ‘coral speaking’ yang menceritak­an pembentuka­n dan perjuangan negara boleh dijadikan pengisian aktiviti sempena sambutan Hari Malaysia untuk menarik minat generasi muda mengambil tahu sejarah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.