PUNCA HIPERTENSI

HIPERTENSI atau tekanan darah tinggi adalah antara masalah kesihatan yang sentiasa menunggu peluang untuk bersarang dalam badan kita.

Berita Harian - - Klassified­s -

Walaupun risikonya meningkat dengan pertambaha­n usia, tetapi ia juga boleh berlaku pada orang muda, termasuk remaja.

Berdasarka­n maklumat daripada laman web Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia (NHAM), wanita muda di bawah 50 tahun lebih ‘terlindung’ daripada mengalami hipertensi berbanding lelaki.

Namun, ia bukan bermakna wanita muda boleh bersenang hati kerana hipertensi boleh berlaku kepada sesiapa saja dan bukan sedikit wanita berumur di bawah 50 tahun yang terpaksa ‘berpantang’ akibat masalah ini.

Pakar berpendapa­t ia disebabkan masalah organik (berkaitan dengan badan), tetapi kini ada kajian mendapati faktor psikososia­l mungkin menyumbang kepada fenomena lebih ramai lelaki muda mendapat hipertensi.

Selain itu gaya hidup moden, kurang aktif dan kurang menitikber­atkan soal pemakanan membuatkan remaja juga berpeluang mendapat hipertensi. Jumlahnya mungkin tidak banyak, tetapi jika gaya hidup tidak berubah, tidak mustahil untuk mereka masuk dalam senarai pesakit pada awal usia 30-an.

Hampir 90 peratus kes tekanan darah tinggi tidak diketahui puncanya. Namun ada beberapa faktor risiko yang boleh mendekatka­n seseorang kepada penyakit ini iaitu:

* Umur - Semua orang boleh mengalami hipertensi, tetapi ia lebih kerap berlaku pada golongan tua berumur 50 tahun ke atas.

* Keturunan - Walaupun ia bukan penyakit keturunan tetapi jika kedua-dua ibu bapa mengalami tekanan darah tinggi, anak mempunyai risiko sebanyak 50 peratus untuk mendapat masalah yang sama. * Jantina - Masalah ini lebih banyak dialami lelaki dan selepas berumur 50 tahun, perempuan mempunyai risiko yang sama dengan lelaki

untuk mendapat hipertensi. Tetapi ada kajian mendapati selepas berumur 55 tahun pesakit hipertensi wanita lebih ramai. * Berat badan - Tekanan darah tinggi lebih kerap dialami individu yang gemuk dan penguranga­n berat badan boleh menurunkan tekanan darah. * Pengambila­n garam

berlebihan - Sebenarnya garam mempunyai peranan yang sangat penting dalam kawalan tekanan darah, tetapi berlebihan garam boleh menyebabka­n tekanan darah meningkat.

Bagi individu yang mempunyai kecenderun­gan mendapat tekanan darah tinggi, keadaan akan menjadi lebih teruk jika mereka makan makanan masin.

* Tekanan - walaupun sehingga kini tiada bukti tetapi sesetengah kajian perubatan mendapati kaitan antara sesetengah tekanan dengan hipertensi.

* Faktor lain seperti kurang aktiviti fizikal, merokok, menghidap kencing manis dan minum minuman beralkohol berlebihan. Namun masalah besar yang dihadapi pakar perubatan ialah tidak ramai pesakit tahu mereka ada masalah hipertensi kerana ia tidak menunjukka­n gejala walaupun tekanan darah meningkat tinggi.

Pun begitu, ada sesetengah orang mengalami gejala ringan seperti pening lalat, sakit kepala atau hidung berdarah. Bagaimanap­un jika anda mengalami gejala ini, tidak semestinya ia disebabkan oleh hipertensi.

Justeru, luangkan masa untuk menjalani pemeriksaa­n tekanan darah kerana tekanan darah yang terlalu tinggi boleh menyebabka­n kerosakan salur darah ke jantung, penyempita­n salur darah, strok, serangan jantung dan kerosakan buah pinggang jika ia dibiarkan berlarutan tanpa rawatan.

Kita harus memberi lebih perhatian kepada kesihatan dengan sekurang-kurangnya mengetahui tekanan darah masing-masing.

Ramai orang tahu tekanan darah mereka. Malah mereka juga tahu bahaya hipertensi, tetapi masih ramai yang buat tidak endah kerana menganggap ada ubat untuk merawat masalah mereka.

Sikap ini sebenarnya sangat berbahaya kerana kita tidak tahu berapa lama mereka sudah mengalami hipertensi. Oleh kerana kerosakan organ yang disebabkan hipertensi berlaku secara perlahanla­han maka kita tidak tahu bahaya yang menunggu.

Memang ada ubat untuk hipertensi tetapi bukan semua pesakit patuh kepada jadual pengambila­n ubat. Kebanyakan pesakit berhenti mengambil ubat apabila merasakan keadaan mereka bertambah baik atau menganggap sudah sembuh daripada hipertensi sedangkan ubat perlu diambil sepanjang hayat.

Pada masa sama, wanita yang memegang peranan sebagai ‘menteri kesihatan’ juga perlu memberi perhatian kepada tekanan darah seisi keluarga, khususnya jika sejarah hipertensi sama ada ibu bapanya sendiri atau suami.

Meskipun risiko untuk mendapat hipertensi di kalangan individu yang ada sejarah keluarga ini lebih tinggi, tetapi masih ada banyak cara boleh dilakukan untuk mencegahny­a. Caranya ialah jaga berat badan (dengan menjaga makan dan kerap bersenam), kurangkan pengambila­n garam, berhenti merokok dan selalu jalani pemeriksaa­n kesihatan.

Tekanan darah yang normal ialah kurang daripada 120/80 mmhg. Anda dikategori­kan mempunyai hipertensi jika tekanan darah melebihi 140/90 mmhg. Di seluruh dunia dianggarka­n tujuh juta orang meninggal dan 1.5 bilion menderita akibat hipertensi. Jadi, janganlah kita menambah kepada jumlah yang sudah cukup banyak ini.

Kini alat pengukur tekanan darah ada dijual di farmasi dan ia membolehka­n kita mengukur sendiri tekanan darah di rumah. Antara panduan untuk mengukur tekanan darah ialah:

Pastikan gelung dilekatkan dengan baik pada lengan. Pilih alat yang mengukur tekanan darah di lengan kerana ia lebih tepat. * Bertenang ketika ukuran tekanan darah diambil. Jangan minum minuman mengandung­i kafein atau bersenam dalam masa 30 minit sebelum mengukur tekanan darah.

* Duduk bersandar di atas kerusi, jangan silang kaki atau tangan kerana ia akan mempengaru­hi tekanan darah.

* Ambil beberapa bacaan dengan jarak masa seminit bagi setiap bacaan. Ini untuk mendapat bacaan yang lebih tepat.

* Ukur tekanan darah pada masa yang sama setiap kali. Ini kerana tekanan darah kita turun naik dalam masa sehari dan biasanya ia tinggi pada waktu pagi selepas bangun tidur. * Rekodkan semua bacaan dan bawa rekod ini berjumpa doktor apabila diperlukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.