Kental jiwa Melayu

Zamaera bangga pertahan jati diri dalam muzik hip-hop

Berita Harian - - Hip - Oleh Zaidi Mohamad [email protected]

Lebih banyak berkomunik­asi dalam bahasa Inggeris, malah genre muzik hip-hop yang diperjuang­kan juga terarah kepada penggunaan medium itu, situasi itu tidak sedikitpun membuatkan jati diri Zamaera rapuh.

Sebagai anak Malaysia, Zamaera mengakui, dia bangga dengan bahasa kebangsaan, malah teruja setiap kali berpeluang memperkena­lkan lagu Melayu ketika beraksi di negara luar.

“Ketika membuat persembaha­n di Thailand, beberapa bulan lalu, saya turut menyanyika­n lagu Melayu. Ramai yang memuji, malah menyifatka­n lagu yang saya bawakan itu menarik.

“Penerimaan mereka membuatkan saya bangga. Muzik itu bersifat sejagat dan tiada sempadan, malah menerusiny­a, kita berpeluang menonjolka­n jati diri,” katanya. Pernah muncul dengan single Melayu, Wanita pada 2017, Zamaera, 24, kini menanti masa untuk melancarka­n single Melayu kedua yang masih dirahsiaka­n judul.

“Kebelakang­an ini, saya banyak menulis lagu dalam bahasa Melayu. Biarpun persekitar­an saya lebih cenderung menggunaka­n bahasa Inggeris, saya tidak pernah lupa bahasa ibunda.

“Jika bukan kita yang mengangkat­nya, siapa lagi? Menerusi lagu juga, kita berpeluang meletakkan bahasa Melayu pada kedudukan yang tinggi,” katanya.

Zamaera yang bakal beraksi pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC), 22 September ini berkata, untuk menambah perbendaha­raan kata, dia mendesak diri supaya sentiasa membaca.

“Saya memang suka membaca. Sejak kecil, saya terapkan dalam diri supaya tidak sesekali melupakan bahasa Melayu.

“Bangga rasanya apabila saya tidak perlu merujuk kamus atau menggunaka­n khidmat Google Translate ketika menulis lirik,” katanya.

Memulakan kerjaya seni sebagai pengacara pada usia 12 tahun, Zamaera berkata, dia sentiasa mencari peluang mengembang­kan bakat.

“Saya tidak mahu selesa pada tempat sama. Setiap kali mencapai sesuatu, saya ingatkan diri, ia belum memadai untuk membuat saya berbangga.

“Saya tidak sesekali membiarkan diri hanyut dengan pujian. Jika kita anggap diri terbaik, di luar sana, ramai lagi yang jauh lebih baik.

“Persaingan itu perlu untuk membuat kita menjadi lebih berani dan kreatif. Melihat artis seperti Yuna meneroka pentas antarabang­sa, saya juga menyimpan impian sama.

“Ia tidak mudah, namun saya pasti akan ada jalan mencapai setiap impian. Dengan keinginan tinggi dan usaha tanpa jemu, tidak mustahil kita dapat menggapain­ya,” katanya.

(Foto Eizairi Shamsudin)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.