Sayangnya Harimau...

Anak buah Cheng Hoe lepas peluang kejutkan UAE

Berita Harian - - Sukan - Oleh Mohd Fitrie Muhamad dan Zulfaizan Mansor [email protected]

Kuala Lumpur: Penyerang Emiriah Arab Bersatu (UAE), Ali Ahmed Mabkhout memusnahka­n impian Harimau Malaya selepas dua jaringanny­a berjaya membantu pasukannya mencipta kemenangan 2-1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.

Keputusan itu menyaksika­n anak buah Tan Cheng Hoe kekal dengan tiga mata selepas mengharung­i dua perlawanan Kumpulan G dalam kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Harimau Malaya yang berada jauh di belakang UAE dalam ranking dunia Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) bermula positif selepas berada di depan seawal minit pertama hasil jaringan Syafiq Ahmad yang menanduk masuk bola hantaran Matthew Davies.

Kelebihan itu bagaimanap­un dipadam Ali yang menyudahka­n hantaran Mohamed Saleh Almenhali, dua minit sebelum tamat babak pertama untuk menyamakan kedudukan buat UAE.

Ali terus membuktika­n ketajamann­ya apabila meledak gol kedua UAE pada minit ke-75 selepas dia terlepas dari kawalan pertahanan Harimau Malaya, Shahrul Saad dan Adam Nor Azlin.

Empat minit kemudian, Harimau Malaya hampir menyamakan kedudukan, namun rembatan Safawi Rasid sekadar menggegar tiang gol UAE dan kedudukan 2-1 kekal hingga wisel penamat.

Selepas ini, Harimau Malaya akan menentang Vietnam di gelanggang lawan pada 10 Oktober sebelum melayan kunjungan negara jiran, Thailand di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 14 November depan.

(Foto Mohd Yusni Ariffin /BH)

Pemain Malaysia, Syafiq Ahmad (kanan) disaingi pemain UAE, Ali Ahmed Mabkhout ketika aksi di Stadium Nasional, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.