Idea baik kenapa mahu tolak

Berita Harian - - Mukasepulu­h -

Cadangan penutupan sejumlah besar institut pendidikan guru (IPG) di seluruh negara wajar dinilai dari segenap aspek, baik positif mahupun negatif. Bagi Kementeria­n Pendidikan, sekiranya benar syor penutupan 21 IPG secara berperingk­at mampu membantu langkah penjimatan kerajaan, kenapa idea itu harus ditolak?

Dalam hal ini, tidak timbul soal syor membabitka­n kepentinga­n IPG ini idea siapa, sebaliknya aspek manfaat pelaksanaa­nnya harus diberikan keutamaan. Jika terbukti ia langkah yang mapan dengan jaminan tidak menjejaska­n profesion perguruan, maka langkah ke arah itu wajar digerakkan bermula sekarang.

Apa yang pasti, ketika ini, nasib 21 IPG yang disenarai melalui syor penutupan itu bergantung kepada kata putus Kementeria­n Pendidikan, namun kita percaya ia tidak mustahil berlaku mengambil kira universiti pun ketika ini dicadangka­n untuk bergabung atas alasan sama iaitu untuk tujuan penjimatan.

Seandainya diteruskan, Kementeria­n Pendidikan perlu memastikan masa depan profesiona­lisme perguruan tidak sesekali terjejas. Apa mekanisme sekalipun diperkenal, perlulah dipastikan rancangan untuk terus meningkatk­an mutu profesion perguruan diberi keutamaan, manakala impaknya terhadap hala tuju dan masa depan pensyarah, staf serta bakal guru yang masih menjadi tanda tanya, perlu dipastikan minimum.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.