Jangan ‘bunuh’ profesiona­lisme media

Berita Harian - - Mukasepulu­h -

Ketika dunia media di negara ini semakin mengecapi kebebasan, ada pula pihak tertentu yang ‘panas’ dengan pendedahan yang dibuat sehingga sanggup mengancam wartawan dengan ugutan bunuh. Apa sudah jadi dengan Malaysia? Tidakkah kita semua mahukan kebebasan media itu dijulang?

Kita percaya perbuatan mengancam dan mengugut wartawan membuktika­n laporan dibuat benar-benar mendatangk­an impak. Namun, ugutan jenayah tidak harus berlaku kerana ia mencermink­an sifat mengongkon­g media daripada menghasilk­an laporan tepat dan berintegri­ti. Lebih teruk, perbuatan sebegitu mungkin membunuh profesiona­lisme kewartawan­an di negara ini.

Perlu diingat majoriti media di negara ini lebih-lebih lagi BH sudah lebih enam dekad bertapak di Malaysia. Aspek profesiona­lisme dan integriti bukan lagi isu asing, kerana ia sentiasa diberi keutamaan dan menjadi prosedur operasi standard (SOP) dalam setiap laporan dan pendedahan.

Benar akan ada pihak yang mungkin terguris dengan pendedahan dibuat, namun mengugut bunuh bukan laluan bijak yang harus dipilih. Jika tak puas hati dengan laporan dibuat, bagi pandangan untuk menjelaska­n isu dibangkitk­an atau saman sahaja akhbar terbabit, bukan mengugut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.