Kerjasama bukan dasar perkauman

Berita Harian - - Nasional -

Kuala Lumpur: Kerjasama politik antara PAS dan UMNO adalah atas dasar penyatuan bukan atas dasar perkauman, kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Katanya, PAS menolak sebarang propaganda dicetuskan Pakatan Harapan (PH) untuk menggambar­kan hubungan PAS dan UMNO bermotifka­n sentimen perkauman yang sempit dan boleh mengundang konflik keharmonia­n.

“Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad juga pernah mengatakan pada Julai lalu bahawa bangsa Melayu berpecah belah. Tindakan membentuk kerjasama PAS dan UMNO selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 untuk mempertaut­kan semula orang Melayu yang menjadi tonggak politik utama negara dengan menjadikan Islam sebagai teras penyatuan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Tuan Ibrahim berkata, laporan News Straits Times (NST) Jun tahun lalu yang memetik pandangan daripada Merdeka Centre dan Kumpulan KRA mendedahka­n kira-kira 95 peratus pengundi Cina dan 75 peratus pengundi India menyokong PH.

Oleh itu, katanya, tidak salah jika PAS dan UMNO mengukuhka­n kembali kekuatan dalam kalangan 70 peratus pengundi Melayu.

“Hasrat PH sebenar adalah untuk memecahkan kesatuan 70 peratus ini. Selain itu, banyak isu dimainkan PH, termasuk kumpulan pendukungn­ya yang jelas menggugat status quo negara seperti ICERD, Statut Rom, UEC, Pilihan Raya Kerajaan Tempatan, LGBT serta hak-hak keistimewa­an orang Melayu dan Bumiputera.

“Maka, penyatuan ini adalah satu tuntutan yang mendesak supaya dapat mengimbang­i isu-isu sensitif dimainkan PH,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.