Berita Harian : 2019-09-11

Nasional : 4 : 4

Nasional

4 RABU, 11 SEPTEMBER 2019 Nasional Indonesia usaha tangkap dalang pembakaran haram Kuala Lumpur: Pihak berkuasa Indonesia kini dalam usaha memberkas mana-mana individu yang didapati bertanggun­gjawab melakukan aktiviti pembakaran haram, sekali gus menyumbang kepada fenomena jerebu rentas sempadan di Malaysia. Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin, berkata ia antara komitmen yang disuarakan republik berkenaan, susulan pertemuan dengan Duta Malaysia ke Indonesia, Zainal Abidin Bakar dan barisan pegawai Kementeria­n Luar, kelmarin. Katanya, Kerajaan Indonesia turut giat merangka pelan bersama institusi berkaitan bagi memastikan fenomena jerebu rentas sempadan yang menjejaska­n kualiti udara berupaya ditangani secara menyeluruh. “Usaha berkenaan merangkumi penempatan 2,854 kakitangan, masing-masing di Sumatera dan Kalimantan untuk merungkai isu jerebu rentas sempadan, selain pembabitan 1,677 sukarelawa­n yang tampil membantu memadamkan kebakaran hutan. “Sebanyak 16 helikopter digunakan di wilayah Kalimantan bagi melaksanak­an operasi bom air di zon strategik,” katanya dalam kenyataan, semalam. Bee Yin berkata, kesan kemarau dan musim monsun barat daya setakat ini mencetuska­n impak yang sangat teruk terhadap fenomena jerebu rentas sempadan di Malaysia, malah perangkaan tompok panas di Kalimantan dan Sumatera pada minggu lalu, masing-masing ialah 811 dan 247. Susulan kewujudan tompok panas itu, katanya, indeks pencemaran udara di Semenanjun­g merosot disebabkan jerebu yang dibawa dari Sumatera, manakala Sarawak terkesan dengan pembakaran di Kalimantan. “Kerajaan akan terus melakukan pembenihan awan sekiranya keadaan mengizinka­n dan menyalurka­n bantuan berkaitan ke Indonesia selepas mereka bersetuju dengan tawaran Malaysia,” katanya. Kerajaan akan terus melakukan pembenihan awan. Yeo Bee Yin, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim

© PressReader. All rights reserved.