Berita Harian : 2019-09-11

Nasional : 5 : 5

Nasional

5 RABU, 11 SEPTEMBER 2019 Nasional Melaka Lagi 134 sekolah ditutup di Sarawak Kuching: negara iaitu Batu Muda (161) dan Cheras (150), manakala Putrajaya (140). Tiga kawasan di Negeri Sembilan adalah Nilai (147), Seremban (119) dan Port Dickson (108) manakala tiga lokasi di Melaka adalah Alor Gajah (105), Bukit Rambai (108) dan Bandaraya Melaka (101). Di Tangkak, Johor, IPU dicatatkan adalah 121, manakala Rompin, Pahang mencatat peningkata­n mendadak kepada 197 berbanding 98 pada jam 9 malam kelmarin. Sementara itu, Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, berkata jumlah pesakit di klinik dan hospital dijangka akan meningkat mendadak dalam tempoh jerebu melanda negara. “Apabila bacaan IPU semakin tinggi, individu yang tiada penyakit pernafasan juga akan berdepan beberapa simptom seperti mata dan tekak kering. “Bagi individu yang memiliki penyakit pernafasan seperti asma atau penyakit penghalang pulmonari kronis (COPD), simptomnya akan bertambah teruk dan kami menjangkak­an pertambaha­n jumlah pesakit di klinik dan hospital. “Dalam tempoh ini, kami menasihatk­an supaya aktiviti luar dikurangka­n, namun jika perlu, pastikan anda memakai topeng muka, minum banyak air dan berjumpa doktor jika memilik simptom berkenaan,” katanya pada sidang media Mesyuarat Saintifik Tahunan RESPIRE 2019 di sini, semalam. Sebanyak 134 sekolah lagi ditutup di Sarawak, semalam susulan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai tahap sangat tidak sihat, sejak petang kelmarin. Jabatan Pendidikan Sarawak dalam satu kenyataan memaklumka­n jumlah itu menjadikan 409 sekolah rendah dan menengah ditutup setakat jam 10 pagi semalam, membabitka­n kawasan Betong, Bau, Kuching, Lubok Antu, Padawan, Samarahan, Serian, Sri Aman dan Lundu. “Laporan yang diterima berkenaan penutupan sekolah akibat jerebu membabitka­n 347 sekolah rendah dan 62 sekolah menengah. “Penutupan itu menjejaska­n sesi pembelajar­an dan pengajaran 157,479 murid serta pelajar,” kata kenyataan itu, semalam. Kenyataan bagaimanap­un memaklumka­n peperiksaa­n Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) berjalan lancar seperti dijadualka­n. Setakat jam 6 petang semalam, 19 lokasi di beberapa negeri termasuk Sarawak mencatatka­n bacaan IPU tidak sihat menandakan jerebu yang melanda negara semakin serius. Tiga lokasi di Sarawak mencatatka­n IPU tidak sihat adalah Sri Aman iaitu 173, Samarahan (122) dan Kuching (145). Di Selangor, enam lokasi dalam kategori sama adalah Petaling Jaya (141), Shah Alam (131), Klang (113), Banting (120) dan Johan Setia (153), dua kawasan di ibu Dalam tempoh ini, kami menasihatk­an supaya aktiviti luar dikurangka­n, namun jika perlu, pastikan anda memakai topeng muka, minum banyak air dan berjumpa doktor jika memilik simptom berkenaan. Lee Boon Chye, Timbalan Menteri Kesihatan Sekolah Kebangsaan (SK) Green Road Kuching, semalam yang menduduki UPSR mengaminka­n doa agar jerebu pulih. Sebahagian murid (Foto Mohd Radzi Bujang/bh) 409 157,479 sekolah orang rendah, menengah di Sarawak ditutup setakat jam 10 pagi semalam murid, pelajar terjejas sesi pembelajar­an dan pengajaran akibat penutupan sekolah

© PressReader. All rights reserved.