Berita Harian : 2019-09-11

Hip : 63 : 63

Hip

63 RABU, 11 SEPTEMBER 2019 Hip Saya tidak mahu selesa pada tempat sama. Setiap kali mencapai sesuatu, saya ingatkan diri, ia belum memadai untuk membuat saya berbangga. Saya tidak sesekali membiarkan diri hanyut dengan pujian. Jika kita anggap diri terbaik, di luar sana, ramai lagi yang jauh lebih baik. Zamaera berkata, imej seksi yang dibawanya itu selari dengan jalur muzik yang diperjuang­kan. “Imej seksi ini hanya di atas pentas. Dalam kehidupan harian, saya juga sama seperti wanita lain. Jika memasak, saya lebih selesa menyarung kaftan. “Kadang-kadang, saya lebih suka membiarkan wajah polos tanpa solekan. Setakat ini, saya belum pernah menerima kecaman teruk gara-gara imej seksi. “Mungkin peminat sudah terbiasa dengan penampilan saya, jadi tiada yang mempertika­i. Mereka menerima saya seadanya,” katanya. Pernah disamakan dengan bintang hip-hop antarabang­sa, Nikki Minaj, Zamaera bagaimanap­un, mahu dikenali atas kekuatan sendiri. “Ramai yang menyamakan saya dengan Nikki Minaj dan Cardi B. Mungkin penampilan saya membuatkan ramai berpendapa­t seperti itu. “Siapa yang tidak bangga disamakan dengan penyanyi rap hebat seperti Minaj? Saya banyak mengenal cara nyanyian, terutama patah lagu dan sebutan dengan menonton rakaman persembaha­nnya,” kata gadis yang mula mencipta nama menerusi lagu, itu. Helly Kelly

© PressReader. All rights reserved.