Berita Harian : 2019-09-11

Sukan : 78 : 78

Sukan

78 RABU, 11 SEPTEMBER 2019 FAM tak main-main! Kemuka aduan rasmi 18 muka surat kepada FIFA semalam bungi semalam. “Laporan atau aduan yang kami buat ini untuk perhatian FIFA yang mana ada perkara yang mungkin tiada dalam laporan yang mereka terima daripada komisioner perlawanan dan pegawai keselamata­n. “Antara bukti yang kami sertakan dalam aduan itu termasuk pautan (link) video dan gambar insiden terbabit sama ada yang berlaku di dalam dan luar stadium. “Bukti itu kami dapat daripada beberapa sumber termasuk video yang tersebar di media sosial. Kami percaya FIFA dan AFC akan membuat keputusan terbaik berdasarka­n penilaian mereka berdasarka­n bukti yang ada,” katanya. Terdapat kemungkina­n PSSI akan dikenakan hukuman berat termasuk denda dan beraksi tanpa penyokong oleh FIFA, jika berdasarka­n rekod hukuman yang dikenakan oleh badan induk dunia itu apabila membabitka­n insiden kekecohan penyokong. Berdasarka­n rekod sebelum ini, FAM juga pernah didenda 40,000 Swiss francs (kira-kira RM169,000) dan beraksi satu perlawanan tanpa penonton selepas penyokong Harimau Malaya menimbulka­n kekecohan ketika kelayakan Piala Dunia 2018 berdepan Arab Saudi pada September 2015. BH Sukan, Oleh Zulfaizan Mansor [email protected] Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahka­n sudah mengemukak­an aduan rasmi kepada Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA), semalam. Aduan itu berkaitan insiden kekecohan penyokong Indonesia yang didakwa menyerang penyokong Harimau Malaya ketika aksi pertama Kumpulan G kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Khamis lalu. Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam menjelaska­n laporan atau aduan berjumlah 18 muka surat itu turut disertakan dengan bukti membabitka­n insiden yang berlaku di Stadium Gelora Bung Karno itu. “FIFA sudah menerima laporan daripada pegawai komisioner perlawanan dan pegawai keselamata­n,” kata Stuart ketika dihu-

© PressReader. All rights reserved.