Berita Harian : 2019-09-11

Sukan : 79 : 79

Sukan

79 RABU, 11 SEPTEMBER 2019 Jerebu, hari bekerja tak halang ‘Ekor Harimau’ beri sokongan Kuala Lumpur: Kemenangan ke atas Indonesia jelas menjadi faktor tarikan kepada penyokong untuk hadir memberikan sokongan kepada Harimau Malaya ketika menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. Walaupun cuaca jerebu dan perlawanan Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 itu berlangsun­g pada hari bekerja, ia bukan halangan buat penyokong hadir ke stadium sebagai ‘pemain ke-12’. Kehangatan dan sikap ambil kisah terhadap pasukan negara masih terserlah dalam kalangan penyokong dan ia boleh disaksikan seawal jam 2 petang apabila ramai mula ke stadium bagi mendapatka­n tiket pada jualan secara fizikal. Walaupun jumlah kehadiran penyokong tidak memenuhi segenap tempat duduk di stadium yang mampu memuatkan 80,000 penonton itu, namun sokongan tidak berbelah bagi yang ditunjukka­n cukup terserlah terutamany­a di curva Ultras Malaya. Terdahulu, tinjauan jualan tiket secara fizikal di beberapa kaunter di stadium yang mula dibuka jam 2 petang berjalan baik. Rata-rata penyokong menyambut baik langkah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang melakukan penjualan tiket secara atas talian dan fizikal di kaunter.

© PressReader. All rights reserved.