Berita Harian

Sekolah mana jadi pilihan selepas UPSR?

- Shafaruniz­a Mahadi, Pensyarah Kanan Universiti Teknologi MARA (UITM) Johor

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini sudah melabuhkan tirai. Rata-rata murid berasa lega dan dapat berehat seketika sebelum melangkah kaki ke alam sekolah menengah.

Bagaimanak­ah pula perasaan guru dan pihak sekolah? Sudah pasti mereka sedikit gementar menanti keputusan UPSR yang diharap dapat menaikkan nama sekolah di mata masyarakat.

Pada ketika ini juga, guru sudah mula membantu menguruska­n borang dan sijil untuk permohonan murid ke sekolah berasrama penuh.

Ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak. Kebanyakan­nya berhasrat melihat anak mereka ke sekolah berasrama penuh.

Masyarakat memandang pelajar sekolah berasrama penuh ini sebagai bijak pandai. Sekolah berasrama penuh juga mengamalka­n disiplin yang perlu dipatuhi.

Berbeza pula pandangan masyarakat jika melihat murid yang belajar di sekolah menengah harian biasa.

Ibu bapa mempunyai pandangan berbeza. Ada yang lebih berhajat melihat anak kekal belajar di sekolah harian.

Hal ini kerana ibu bapa dapat melihat perkembang­an pembelajar­an anak setiap hari. Ibu bapa juga dapat bersama membantu mengawal tingkah laku anak mereka.

Pada hari ini, kita dapat melihat ramai juga orang yang berjaya hadir daripada sekolah harian biasa. Hakikatnya, ia sebenarnya bergantung kepada pelajar tersebut sama ada mahu berusaha atau sebaliknya tidak kira di sekolah berasrama penuh atau sekolah harian biasa.

Hakikatnya, ia sebenarnya bergantung kepada pelajar tersebut sama ada mahu berusaha atau sebaliknya tidak kira di sekolah berasrama penuh atau sekolah harian biasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia