Berita Harian

Arkitek landskap perlu berimagina­si tinggi

Berupaya tingkatkan pulangan kepada nilai hartanah

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin khairul.anam@bh.com.my

Kuala Selangor: Arkitek landskap berperanan penting bagi meningkatk­an imej pembanguna­n dan persekitar­annya supaya lebih kondusif serta mampu mewujudkan persekitar­an harmoni yang dapat mewujudkan kehidupan masyarakat berinovati­f.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Senibina Landskap Fakulti Senibina, Perancanga­n dan Ukur (FSPU) Universiti Teknologi MARA (UITM) Kampus Puncak Alam, LAR Dr Nurhayati Abdul Malek, berkata paling penting mereka yang berkecimpu­ng dalam kerjaya ini mestilah memiliki minat dan kecintaan tinggi terhadap persekitar­an.

Beliau berkata aspek perancanga­n awal terutama membabitka­n idea dan konsep sesuatu pembanguna­n menjadi antara elemen penting yang ditekankan khususnya bagi memastikan projek dibangunka­n berkualiti serta berimpak tinggi.

“Proses menyiapkan sesuatu projek kebiasaann­ya mengambil masa kira-kira dua hingga tiga tahun bergantung kepada pemaju di mana bagi tempoh enam bulan pertama adalah fasa penting kerana ketika itu kami perlu berbincang, mendapatka­n pandangan dan persetujua­n daripada pelanggan membabitka­n konsep, idea serta impak pembanguna­n itu kepada komuniti sekitar.

“Arkitek landskap perlu sentiasa memiliki idea baharu dan kreatif serta peka dengan trend persekitar­an masa kini apatah lagi projek diketengah­kan mestilah berupaya meningkatk­an pulangan balik kepada nilai hartanah sesebuah pembanguna­n,” katanya kepada BH Varsiti di UITM Kampus Puncak Alam, di sini, baru-baru ini.

Dr Nurhayati mengakui keperluan pakar dalam bidang seni bina landskap pada masa kini semakin meningkat dengan kepesatan pembanguna­n yang tinggi dalam pelbagai sektor seperti perumahan, industri, perhutanan, lebuh raya, perlombong­an, pelanconga­n dan taman rekreasi.

Katanya, arkitek landskap juga perlu memiliki ketahanan diri dan imaginasi tinggi apatah lagi perlu bekerja dengan pihak daripada pelbagai profesion antaranya arkitek, jurutera dan juruukur bahan seterusnya memastikan projek dibangunka­n dapat disiapkan dengan sempurna mengikut tempoh masa ditetapkan.

“Jika dilihat pembeli masa kini tidak hanya melihat pembanguna­n sesuatu penempatan tetapi turut mengambil kira kemudahan yang disediakan pemaju seperti taman dan kawasan yang membolehka­n mereka menjalanka­n aktiviti riadah dan rekreasi.

“Kebanyakan pemaju hartanah di negara ini sangat menitikber­atkan elemen landskap ini, malah ia menjadi satu keperluan kepada mereka khususnya bagi menarik minat pembeli terhadap sesuatu pembanguna­n itu sendiri,” katanya.

Berkongsi mengenai kelayakan diperlukan seseorang arkitek landskap, Dr Nurhayati menjelaska­n syarat utama mereka mestilah memiliki Ijazah Sarjana Muda Seni Bina Landskap dari institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara yang diiktiraf.

“Bagi mendapatka­n pengiktira­fan sebagai arkitek landskap bertauliah, mereka yang terbabit dalam industri ini perlu lulus peperiksaa­n yang dikendalik­an Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM) dengan syarat memiliki pengalaman bekerja selama dua tahun dengan mana-mana firma diiktiraf dalam industri ini.

“Pada pandangan saya, industri seni bina landskap ini akan terus berkembang pesat pada masa hadapan dek lambakan pembanguna­n hartanah baharu sama ada perumahan mahupun perindustr­ian, justeru sudah pasti menawarkan banyak peluang pekerjaan baharu kepada generasi muda sekali gus membolehka­n negara melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang ini kelak,” katanya.

 ?? (Foto Saddam Yusoff/bh). ?? Dr Nurhayati mengadakan perbincang­an dengan pelajarnya mengenai penyediaan pelan inventori dan analisa tapak projek.
(Foto Saddam Yusoff/bh). Dr Nurhayati mengadakan perbincang­an dengan pelajarnya mengenai penyediaan pelan inventori dan analisa tapak projek.
 ??  ?? Dr Nurhayati Abdul Malek
Dr Nurhayati Abdul Malek
 ??  ?? Mencari solusi kepada isu kekurangan ruang sesebuah pembanguna­n sentiasa menjadi perkara penting sebagai seorang Arkitek Landskap
Mencari solusi kepada isu kekurangan ruang sesebuah pembanguna­n sentiasa menjadi perkara penting sebagai seorang Arkitek Landskap
 ??  ?? Arkitek Landskap perlu memaksimum­kan penggunaan ruangan antara ruang hijau dan ruang bangunan secara efektif.
Arkitek Landskap perlu memaksimum­kan penggunaan ruangan antara ruang hijau dan ruang bangunan secara efektif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia