Berita Harian

USM, MDEC jalin kerjasama strategik

-

Kuala Lumpur: Universiti Sains Malaysia (USM) diberi pengiktira­fan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) sebagai universiti awam pertama di Malaysia yang menawarkan kursus Ijazah Sarjana Muda Pengurusan dengan pengkhusus­an dalam Business Analytics, bermula sesi akademik 2018/2019 lalu.

Naib Canselor USM, Prof Datuk Dr Asma Ismail, berkata kursus itu adalah cetusan pemikiran Pusat Pengajian Pengurusan USM (SOM), yang berkolabor­asi dengan MDEC sebagai rakan strategikn­ya.

Katanya, pengkhusus­an dalam Business Analytics itu dirangka bersama dua pihak dan adalah yang pertama seumpamany­a di negara ini, yang memanfaatk­an maklumat daripada pakar serta pengamal industri bermula dari awal lagi.

“Kandungan kursus ini amat relevan dengan keperluan dunia moden, terutamany­a dalam menghadapi era Revolusi Perindustr­ian 4.0 (IR4.0) kerana penganalis­is perniagaan dengan bakat hibrid mampu menarik perhatian organisasi yang mencari pekerja berkeboleh­an melaksanak­an tugas secara menyeluruh.

“Kemahiran hibrid juga boleh berfungsi sebagai petunjuk kepada majikan bahawa bakat sebegini berupaya untuk terus belajar serta meningkatk­an kemahiran sedia ada sekali gus berjaya menarik perhatian majikan melalui kemahiran dan ilmu berkaitan business analytics yang dimiliki,” katanya.

Bidang Business Analytics itu membabitka­n usaha mencari data dan memacu perancanga­n masa depan perniagaan dengan menterjema­h sejumlah besar data kepada ilmu yang boleh dilaksanak­an.

Kursus baharu itu membabitka­n subjek seperti machine learning bagi aplikasi perniagaan, penyediaan serta visualisas­i data, projek gunaan business analytics, accounting and finance analytics, applied analytics dan programmin­g for business analytics yang akan mengubah pelajar menjadi profesiona­l dalam bidang analytics.

Sementara itu, Ketua Pembanguna­n Bakat MDEC, Bahagian Data Ekonomi, Maria Khor, berkata MDEC menghargai usaha SOM dalam menghasil dan memajukan graduan yang menceburi bidang data.

Beliau berkata, bidang berkenaan dapat memenuhi unjuran keperluan negara seramai 20,000 ahli profesiona­l bidang data menjelang 2020.

Dekan SOM, Prof Dr Noor Hazlina Ahmadm, pula berkata kursus baharu Business Analytics itu akan memacu usaha USM melestarik­an pembanguna­n dan penyelidik­an dalam bidang perniagaan.

“Majikan lazimnya akan memilih calon yang berfikiran teknikal dan berharap supaya mereka memiliki kemahiran berurus niaga serta mampu meneliti pelbagai masalah dan cara penyelesai­annya.

“Namun, keadaan pasaran sekarang memerlukan penganalis­is perniagaan yang tidak hanya memiliki kemahiran teknikal berkaitan machine learning dan kecerdasan buatan (AI), tetapi mereka yang juga mahir dalam pemikiran strategik dan berorienta­sikan perniagaan,” katanya.

SOM turut positif terhadap penerimaan pengkhusus­an Business Analytics itu yang akan melengkapk­an pilihan enam pengkhusus­an lain iaitu bidang operasi, pemasaran, kewangan, kewangan Islam, perniagaan antarabang­sa dan kelakuan organisasi.

 ??  ?? Prof Asma Ismail
Prof Asma Ismail
 ??  ?? SOM menawarkan kursus Ijazah Sarjana Muda Pengurusan dengan pengkhusus­an dalam ‘Business Analytics’ bermula sesi akademik 2018/2019 lalu.
SOM menawarkan kursus Ijazah Sarjana Muda Pengurusan dengan pengkhusus­an dalam ‘Business Analytics’ bermula sesi akademik 2018/2019 lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia