Berita Harian

Khayal serlah identiti baharu

-

Pernah memberikan persembaha­n memukau ketika beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu

menerusi lagu pop seperti Aku Stacy, Pakai Buang, Jahat, Bosan, Not For Sale dan Gilalah,

Stacy berkata, soal persaingan tidak pernah bermain di kotak fikirannya.

“Saya tidak melihat mereka sebagai pesaing, sebaliknya kami saling menyokong antara satu sama lain. Dalam hal ini, saya percaya pada rezeki masing-masing. Lagipun, kami berbeza kerana saya tampil solo, manakala mereka pula sebagai kumpulan.

“Saya sangat terharu dengan sokongan yang diberikan peminat selama ini. Alhamdulil­lah, mereka masih setia menyokong kerjaya seni saya.

“Walaupun sudah berkahwin dan mempunyai anak, sokongan yang diberikan masih sama dan tidak pernah pudar,” katanya.

Kembali mempertaru­hkan lagu terbaru, Khayal yang dihasilkan bersama Hang Nadim dan Ziin, Stacy turut mencurahka­n idea kreatifnya sebagai penulis lirik menggunaka­n nama pena, Bunga Cantik.

Khayal juga katanya, melakar sejarah peribadi buat dirinya dan Akim kerana ia adalah single sulung terbitan syarikat mereka, Rhythm & Rhyme Entertainm­ent (RNR).

Stacy berkata, sudah tiba masa untuk dia menampilka­n karya releven, pada masa sama, mencari identiti baharu menerusi muzik yang dibawakan.

“Sebelum ini, saya begitu sinonim dengan sentuhan Edry Abdul Halim. Namun, menerusi kerjasama ini, Akim memberikan nafas berbeza dalam muzik saya.

“Kami banyak berkongsi buah fikiran untuk menghasilk­an sesuatu yang baharu dan berbeza. Lebih utama, aspek kualiti vokal tetap dititikber­atkan untuk memperliha­tkan kematangan saya dalam industri muzik.

“Menerusi Khayal, saya berharap dapat mengumpul kelompok peminat baharu. Paling jelas, Khayal turut menterjema­hkan aliran baharu muzik yang bakal saya bawakan dalam single akan datang,” katanya.

Kelainan itu, kata Stacy, turut diteruskan menerusi penghasila­n single duet sulungnya bersama Akim. Stacy berkata, selepas tiga tahun hidup bersama, buat kali pertama, mereka bakal merakamkan lagu duet bagi memenuhi permintaan peminat.

“Kami tidak pernah menghasilk­an lagu duet sepanjang mendirikan rumah tangga, biarpun sering menyanyika­n semula lagu penyanyi lain.

“Kebelakang­an ini, kami ke

Saya tidak melihat mereka sebagai pesaing, sebaliknya kami saling menyokong antara satu sama lain. Dalam hal ini, saya percaya pada rezeki masing-masing.

rap menerima tawaran daripada penyanyi lain untuk merakamkan lagu duet. Tawaran itu mencetuska­n idea kepada saya dan Akim untuk meneruskan projek ini.

“Lebih baik kami menghasilk­an lagu duet bersama, sebelum menerima tawaran lain. Tidak sabar rasanya kerana lagu duet itu nanti hasil kerjasama kami berdua,” kata pemilik nama Ummu Syaikhah Stacy Anam itu.

Sejajar dengan arus teknologi semasa, Stacy juga tidak ketinggala­n mengikut aliran selebriti apabila mempunyai saluran Youtube sendiri.

Sering menyajikan hidangan unik daripada negeri kelahirann­ya, Stacy mampu berbangga apabila mengumpul lebih 80,000 pengikut selepas sebulan diperkenal­kan.

“Tidak sangka sambutan yang diberikan sangat memberangs­angkan, malah saya mendapat pelbagai komen positif.

“Ia membuatkan saya lebih bersemanga­t untuk berkongsi resipi apabila ramai ingin belajar masakan dari Sabah. Apa yang menarik, saya turut menyelitka­n kemunculan Akim mencuba resipi unik yang dihasilkan.

“Ramai tidak tahu Akim sebenarnya cerewet dan tidak suka dipaksa. Mungkin aura positif penonton memberikan semangat buat suami mencuba sesuatu yang baharu,” katanya.

 ?? Grafikbh ??
Grafikbh
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia