Berita Harian

Remaja antara enam disyaki terbabit dadah

-

Kuching: Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun, antara tiga wanita yang ditahan bersama-sama tiga lelaki kerana disyaki terbabit dalam kegiatan penyalahgu­naan dadah.

Mereka ditahan dalam sebuah bilik, ketika serbuan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Padawan ke atas sebuah rumah di Sung Hock, Batu 10 Jalan Kuching-serian kira-kira jam 8 malam, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak, Superinten­dan Hasnir Abdul Hamid, berkata hasil pemeriksaa­n dalam rumah itu juga menjumpai syabu seberat 61 gram yang dianggarka­n bernilai RM9,000.

“Semua suspek ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Beliau berkata, semua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu juga didapati positif dadah jenis syabu dan amfetamin.

Hasnir berkata, polis dalam proses permohonan reman.

Sri Aman kini berdepan masalah bekalan air serius berikutan kemarau panjang melanda bahagian berkenaan.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata kawasan terbabit tidak pernah mengalami masalah gangguan bekalan air dalam tempoh lama seperti sekarang.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri berkata, gangguan bekalan air dihadapi lebih 100,000 penduduk di bahagian itu berpunca cuaca panas luar biasa sejak dua bulan lalu.

“Jabatan Meteorolog­i Malaysia (MET Malaysia) meramalkan cuaca panas dan kering akan berterusan sehingga hujung bulan ini.

“Sudah dua bulan kita di negeri ini mengalami cuaca panas. Kebiasaann­ya setibanya bulan September cuaca mula menjadi sejuk dan Oktober akan mula hujan lebat,” katanya ketika ditemui di Wisma Bapa Malaysia, di sini, semalam.

Uggah berkata, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak dan agensi lain yang berkaitan sedang berusaha mencari penyelesai­an jangka pendek bagi memenuhi keperluan air di Sri Aman.

“Pihak terbabit juga sedang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia