Berita Harian

Lokein platform e-dagang bundle

Tiga sahabat sedia sistem pemasaran lebih teratur mudahkan pembeli

- Oleh Alzahrin Alias zahrin@bh.com.my

Impian memiliki perniagaan sendiri dalam bidang yang diminati sudah lama tertanam dalam dirinya sejak di bangku sekolah lagi tetapi banyak percubaan dibuat masih tidak membuahkan hasil.

Minat dalam muzik, pakaian dan barangan vintaj dijadikan sebagai platform untuk tiga anak muda dari Ipoh ini untuk menubuhkan sendiri perniagaan berasaskan barangan dan pakaian terpakai.

Komuniti peminat barangan dan pakaian lama yang dikenali sebagai ‘bundle’ ini besar dan jika diperhatik­an setiap tempat pasti ada kedai yang menjual barangan lama sebegini.

Mengambil nama Pasar Loken yang popular di Ipoh dalam menjual barangan dan pakaian tempatan serta sering menjadi lokasi peminat barangan antik, dijadikan ilham kepada tiga anak muda ini untuk menubuhkan platform e-dagang mereka sendiri.

Dikenali sebagai Lokein, ia adalah platform e-dagang yang menumpukan kepada pasaran barangan dan pakaian terpakai.

Ketua Pegawai Eksekutif Lokein, Wan Mohd Hafiz Wan Idris, 35, berkata idea itu timbul apabila melihat banyak penjual barangan terpakai di Ipoh tidak mempunyai sistem pemasaran dalam talian secara teratur.

“Saya banyak berkecimpu­ng dalam dunia muzik dan barangan vintaj, malah sebelum ini juga saya menjalanka­n perniagaan atas talian di ebay.

“Malah ramai rakan turut terbabit dalam perniagaan barangan terpakai. Tetapi kebanyakan mereka tidak mempunyai sistem jualan atas talian yang teratur.

“Selain itu, terdapat juga kes penipuan sama ada di antara penjual atau pembeli.

“Melihat kepada perkara sebegini, selain pasaran pakaian terpakai yang meluas ini, bukan saja di Malaysia, tetapi pada peringkat global, mendorong saya dan rakan kongsi untuk menubuhkan platform e-dagang ini,” katanya.

Wan Mohd Hafiz juga bernasib baik kerana dua rakan kongsinya iaitu Mohd Zaidi Mohd Zuki, 35 dan Nur Hafizi Abdul Majid, 35 turut terbabit dalam perniagaan barangan terpakai sejak beberapa tahun yang lalu.

Namun, seperti perniagaan yang lain, bukan mudah untuk menyakinka­n pembeli platform e-dagang milik mereka itu dan penjual untuk terbabit dalam Lokein.

Wan Mohd Hafiz berkata, mereka sendiri perlu turun menyertai bazar dan acara berkaitan untuk mempromosi­kan platform e-dagangnya itu.

Malah, Lokein juga kini mula mengumpul penjual atau rakan dagang kerana platform e-dagang bukan sahaja untuk pasaran tempatan malah global.

“Rakan dagang perlu diyakinkan bahawa platform e-dagang ini luas dan pasarannya juga besar sehingga ke peringkat global. Sudah tentu pasaran di sini akan melebihi pasaran di laman sosial mereka sendiri.

“Sebab itu, kami di Lokein juga terus mempromosi­kan platform ini untuk terus lebih dikenali. Malah ada antara barangan terpakai yang dijual dalam Lokein mencecah harga ribuan ringgit, tetapi masih ada pembeli.

“Ini membuktika­n pasaran pakaian terpakai atau vintaj ini besar, potensinya juga boleh menyaingi platform e-dagang global yang lain.

“Kami juga menyasarka­n Lokein akan menjadi platform e-dagang utama bagi pembeli yang ingin mencari pakaian dan barangan terpakai,” katanya.

Dilancarka­n secara rasmi pada 3 April lalu, Lokein kini memiliki hampir ribuan barangan dalam talian dan ratusan penjual.

Lokein juga menyediaka­n sistem pembayaran yang teratur dan dapat mengelakka­n berlakunya permainan harga dalam kalangan pengumpul tegar pakaian terpakai.

Semua ini katanya, berasaskan polisi yang diguna pakai Bank Negara Malaysia, iaitu ‘Know Your Customer’ (KYC).

Beliau berkata, Lokein juga menyediaka­n polisi pemulangan semula bayaran, sekali gus meningkatk­an keyakinan pada kalangan pembeli.

Melihat kepada perkara sebegini, selain pasaran pakaian terpakai yang meluas ini, bukan saja di Malaysia, tetapi pada peringkat global, mendorong saya dan rakan kongsi untuk menubuhkan platform e-dagang ini.

Wan Mohd Hafiz Wan Idris, Ketua Pegawai Eksekutif Lokein

 ?? (Foto Aizuddin Saad/bh) ?? Aplikasi pengumpul jualan barangan terpakai, Lokein.
(Foto Aizuddin Saad/bh) Aplikasi pengumpul jualan barangan terpakai, Lokein.
 ??  ??
 ??  ?? Wan Mohd Hafiz (tengah) bersama Nur Hafizi dan Mohd Zaidi (kanan).
Wan Mohd Hafiz (tengah) bersama Nur Hafizi dan Mohd Zaidi (kanan).
 ??  ?? Sebahagian barangan dijual di Lokein.
Sebahagian barangan dijual di Lokein.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia