Berita Harian

Bersama pantau geng basikal lajak

- Warga prihatin, Kuala Lumpur

Awal bulan ini, polis menahan sekumpulan 13 penunggang basikal lajak dalam Operasi Basikal Lajak di Saujana Impian, di Kajang.

Berdasarka­n kenyataan Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, semua yang ditahan itu berusia antara sembilan hingga 15 tahun. Maksudnya semua yang ditahan itu masih dalam lingkungan usia persekolah­an.

Pujian harus diberikan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Lebih banyak operasi sama harus diadakan untuk membantera­s aktiviti berkaitan basikal lajak ini, namun kita percaya PDRM ada juga kekangan kerana masih banyak tugas lain perlu diberikan tumpuan.

Menilai tindakan polis, mungkin ada tidak setuju kanak-kanak atau remaja ditangkap dan dibawa ke balai polis. Alasan diberikan mereka hanya bermain basikal, bukan melakukan jenayah. Tidak kira apa alasan diberikan, saya percaya tindakan PDRM tepat, memandangk­an ibu bapa kanak-kanak atau remaja terbabit sendiri pun tidak mampu mengawal aktiviti mereka.

Saya percaya ramai bersetuju aktiviti lumba basikal lajak ini cukup berleluasa. Di taman perumahan atau kawasan penempatan lain, pasti ada kumpulan basikal lajak beraksi tanpa menghirauk­an bahaya. Lebih teruk, ada antara mereka memilih waktu khusus, iaitu tengah malam atau awal pagi untuk beraksi.

Apakah ibu bapa mereka sedar apa yang dibuat kanak-kanak atau remaja terbabit dan kenapa mereka dibenar keluar rumah sehingga awal pagi?

Dalam keadaan ini, masyarakat, termasuk ibu bapa tidak boleh salahkan polis jika tindakan diambil, sebaliknya patut berterima kasih.

Banyak sudah kita dengar penunggang basikal lajak ‘hilang’ nyawa akibat kemalangan, jadi tidak cukupkah kejadian sebegitu yang dilaporkan media untuk menjadi pengajaran.

Sebagai ibu bapa, kita harus ambil tahu apa yang anak lakukan dan ke mana mereka pergi. Sebagai ibu dan bapa, menjadi tanggungja­wab untuk memantau, bukannya menyerahka­n tugas itu kepada orang lain, termasuk polis.

Lagi satu perkara, saya rasa mungkin elok jika kerajaan isytiharka­n pengubahsu­aian basikal lajak sebagai satu kesalahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia