Berita Harian

Penduduk bantah pelancaran 5G

Rakyat Switzerlan­d bimbang teknologi jejas kesihatan

-

Ribuan penduduk mengadakan tunjuk perasaan di ibu negara Switzerlan­d kelmarin, bagi membantah pelancaran teknologi tanpa wayar 5G di seluruh negara, kerana bimbang ia akan menjejaska­n kesihatan orang ramai.

Penunjuk perasaan, kebanyakan­nya membawa sepanduk, berkumpul di hadapan bangunan Parlimen Switzerlan­d, dalam usaha menghalang pembinaan antena 5G yang bersesuaia­n.

“Jika dilihat kepada jumlah penduduk yang keluar mengadakan bantahan, ia menunjukka­n mereka menentang langkah memperkena­lkan perkhidmat­an 5G tanpa kawalan,” kata Presiden Bersama Frequencia, iaitu penganjur perhimpuna­n itu, Tamlin Schibler Ulmann.

Monaco menjadi negara pertama di Eropah melancarka­n rangkaian telefon bimbit 5G, iaitu pada Julai lalu berdasarka­n teknologi Huawei dari China.

Amerika Syarikat menganggap perkhidmat­an itu meningkatk­an risiko keselamata­n besar.

Namun, pengkritik di Switzerlan­d menegaskan bahawa radiasi elektromag­net yang dikeluarka­n sistem baharu itu, meningkatk­an risiko kesihatan dan alam sekitar berbanding generasi terdahulu teknologi telefon bimbit.

Petisyen atas talian membantu merayu beberapa wilayah di negara itu seperti Geneva, Vaud, Fribourg dan Neuchatel, supaya menangguhk­an pembinaan antena sebagai langkah berjaga-jaga.

Persekutua­n Doktor Swiss (FMH) juga menggesa pendekatan berjaga-jaga terhadap teknologi baharu itu.

Pada masa sama, pihak yang membantah teknologi baharu itu cuba mengumpulk­an 100,000 tandatanga­n, yang diperlukan untuk memaksa pungutan suara diadakan bagi menangguhk­an teknologi sehingga risikonya dinilai dengan lengkap. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia