Berita Harian

Peluang sektor pembinaan tinggi

Anak Sarawak miliki kemahiran teknikal dalam industri raih gaji lumayan

- Oleh Muhd Amirul Faiz Ahmad amifaiz@bh.com.my

Kuching: Anak Sarawak diiktiraf memiliki daya tahan tinggi, selain mampu meraih pendapatan lumayan dalam sektor pembinaan sekiranya berupaya menguasai kemahiran teknikal bertaraf tinggi.

Di negara maju seperti Australia, Finland dan Norway, memiliki kelayakan bidang Pendidikan serta Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) adalah pencapaian berprestij kerana kecekapan menggunaka­n tangan dan tenaga, setaraf mereka yang berpendidi­kan cemerlang dalam bidang akademik.

Ketua Eksekutif Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan (CIDB), Datuk Ir Ahmad ‘Asri Abdul Hamid, berkata peluang bagi anak Sarawak dalam sektor pembinaan cukup tinggi selepas mengambil kira secara purata sektor itu menyediaka­n RM20 bilion setahun bagi menggaji pekerja.

Secara purata, RM150 bilion diperuntuk­kan setahun dengan 65 peratus bagi projek pembanguna­n, manakala 35 peratus bagi projek infrastruk­tur. Kira-kira RM100 bilion dibelanjak­an bagi projek pembanguna­n di negara ini.

“Daripada RM100 bilion itu, hampir 30 peratus atau RM20 bilion bagi membayar gaji pekerja sahaja,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Kelmarin, Menteri Kerja Raya, Baru Bian, hadir merasmikan Jelajah TVET, di Pusat Konvensyen CIDB Sarawak, di sini, yang bertujuan menarik anak muda mendapatka­n latihan berimpak tinggi, bagi membolehka­n mereka meraih pendapatan jauh lebih lumayan.

Ahmad ‘Asri berkata, RM20 bilion itu bernilai besar, namun masih gagal dimanfaatk­an pekerja rakyat tempatan.

“Kebanyakan daripada nilai itu dibayar kepada pekerja asing kerana masih ramai tenaga kerja tempatan enggan bekerja di sektor pembinaan kerana beranggapa­n gaji terlalu kecil,” katanya.

Beliau berkata, persepsi negatif bekerja di sektor pembinaan disifatkan tidak tepat, sebaliknya pekerjaan di sektor itu menjanjika­n pendapatan lumayan sekiranya pekerja adalah tenaga kerja mahir.

“Itulah yang mahu dilaksanak­an CIDB dengan menyediaka­n latihan bertaraf antarabang­sa yang diiktiraf antaranya di Singapura, Australia dan Asia Barat,” katanya.

Persepsi negatif bekerja di sektor pembinaan disifatkan tidak tepat, sebaliknya pekerjaan di sektor itu menjanjika­n pendapatan lumayan sekiranya pekerja adalah tenaga kerja mahir.

Ahmad ‘Asri Abdul Hamid, Ketua Eksekutif CIDB

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia