Berita Harian

Sentuhan seni budayawan Melayu

-

Kuala Lumpur: Ismail Zain mungkin lebih dikenali sebagai birokrat budaya, dengan kedudukan beliau sebagai anak tempatan pertama yang dilantik sebagai Pengarah Balai Seni Lukis Negara pada 1972, selain pernah menduduki kerusi Ketua Pengarah Finas sekitar 1982.

Bagaimanap­un, Ismail terutama dalam kalangan penggemar seni rupa mengenali beliau sebagai artis pasca moden, juga pelopor seni elektronik dan digital di Malaysia.

Hal ini menyebabka­n beliau masih dikenang sehingga kini, biarpun sudah meninggal dunia hampir 28 tahun lalu.

Semuanya bermula sekitar 1980-an apabila beliau tampil dengan pameran Digital Collage, yang kemudianny­a menjadi sebahagian daripada sejarah perkembang­an seni digital di Malaysia.

Antara sentuhan digital beliau yang menampil keunikan tersendiri, termasuk Al Kesah (1966), apabila beliau membawa masuk imej siri televisyen popular, Dallas yang digandingk­an dengan rumah tradisiona­l Melayu selain potret personalit­i terkenal seperti Sharifah Aini, Sahara Yaakob dan Joan Collins yang diabadikan dalam bentuk digital menerusi Nasyid (1988), Penyanyi Pujaan (1986) dan My Friend Lisa (1966).

Hari ini, prestij Ismail dihimpunka­n dalam pameran (Mem) Bayang Maksud - Foreboding Purpose bertempat di Balai Seni Negara bermula 27 Ogos 2019 sehingga 17 November 2019.

Kurator pameran, Jaafar Ismail berkata, perkataan ‘membayang maksud’ dipilih kerana ia merujuk kepada amalan Ismail dalam menghasilk­an karya.

“Sebagai seorang budayawan Melayu, penghasila­n karya beliau sarat dengan pengaruh kesusaster­aan Melayu misalnya kiasan, pantun dan seloka.

“Pantun itu sendiri sebenarnya adalah hadiah paling besar dan bermakna dari Nusantara Melayu kepada kesusaster­aan dunia dan di tangan Ismail, ia mempertaut­kan keduanya menerusi olahan seni digital,” katanya.

Jaafar berkata, Ismail adalah insan seni yang berpegang pada prinsip, seni itu perlu dipermudah­kan dan dekat kepada masyarakat.

Ismail yang dilahirkan di Kodiang, Kedah pada 1930, mendapat pendidikan di Malayan Teacher Training College, Kirby, England sebelum menyambung pengajian di Kolej Seni Ravensbour­ne (1961-1964) dan Slade School of Fine Art, University of London pada 1964.

Pameran yang menghimpun­kan 77 karya catan dan kolaj digital itu, turut mempamerka­n karya popular beliau antaranya The Marriage of Sultan Mansor Shah (1991).

Karya ini amat diingati kerana ia disiapkan beberapa hari sebelum pemergiann­ya.

Bagaimanap­un, agak ralat sebuah lagi karya beliau yang signifikan, Ku Bunuh Cintaku (1970) tidak dipamerkan. Karya itu yang dihasilkan selepas episod hitam pergeseran kaum di Malaysia, 13 Mei 1969 dianggap oleh sebahagian sarjana seni sebagai satu fasa baharu dalam landskap seni rupa di Malaysia.

Apatah lagi Ku Bunuh Cintaku diinspiras­ikan dari puisi tulisan Anis Sabirin.

Sebenarnya sekitar 1970-an, tidak asing untuk melihat keakraban antara penulis dan pelukis, sehingga ia ditampilka­n dalam karya. Namun, hal sedemikian kurang berlaku ketika ini.

Pameran yang diadakan dengan kerjasama Balai Seni Negara dan Fergana Art bertujuan memperinga­ti Ismail, yang bukan hanya dikenali sebagai birokrat dan pelukis selain menghargai karyanya yang sehingga kini masih menjadi rujukan penggiat seni tempatan dan antarabang­sa.

 ?? (Foto Syakirah Azhar/bh) ?? Jaafar menunjukka­n karya Ismail pada pameran (Mem) Bayang Maksud - Foreboding Purpose bertempat di Balai Seni Negara bermula 27 Ogos 2019 sehingga 17 November 2019.
(Foto Syakirah Azhar/bh) Jaafar menunjukka­n karya Ismail pada pameran (Mem) Bayang Maksud - Foreboding Purpose bertempat di Balai Seni Negara bermula 27 Ogos 2019 sehingga 17 November 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia