Berita Harian

‘Tahap keyakinan perniagaan kekal lemah’

-

Keseluruha­n keyakinan perniagaan masih lemah, trend yang berterusan sejak bermula tahun ini seperti yang ditunjukka­n oleh Indeks Keyakinan Perniagaan RAM (RAM BCI) terbaru bagi suku keempat 2019 hingga suku pertama 2020.

RAM Rating Services Bhd dalam satu kenyataan berkata, firma mengekalka­n prospek yakin dalam berhati-hati sepanjang tempoh enam bulan akan datang.

Indeks korporat susut 0.2 mata kepada 53.2 manakala indeks perusahaan kecil dan sederhana (PKS) naik 1.4 mata kepada 53.2.

Menurut agensi penarafan itu, walaupun bacaan terkini bagi korporat dan PKS berada pada 53.2, kedua-dua segmen ini menghadapi keadaan dan prospek yang berbeza.

“Pemacu utama sentimen PKS yang lebih baik pada suku ini adalah keyakinan tinggi terhadap akses kepada pembiayaan bank dan petunjuk prestasi yang bertambah baik.

“Prestasi PKS banyak dipengaruh­i oleh tempahan dan projek baharu. Oleh itu, prospek perniagaan mereka cenderung agak tidak menentu,” kata agensi itu.

Sentimen lemah korporat yang berterusan mencermink­an pandangan mereka terhadap persekitar­an ekonomi semasa yang diselubung­i oleh ketidakpas­tian sejak suku keempat 2018.

Pada masa yang sama, ketegangan perdaganga­n Amerika Syarikat (As)-china semakin memburuk, selain petanda jelas permintaan lemah global pada tahun ini.

“Khususunya, sentimen firma berorienta­sikan eksport turun 3.6 mata kepada 54.0 dalam kaji selidik terkini,” kata RAM Rating.

Melangkah ke 2020, sektor berorienta­sikan domestik stabil, yang mencatatka­n sedikit peningkata­n dalam sentimen pada suku ini, akan kekal sebagai pemacu asas ekonomi.

“Penyambung­an semula projek pembinaan mega dan prasarana sektor awam, serta sektor perkhidmat­an perniagaan yang berdaya tahan, memberikan petanda baik bagi prospek pertumbuha­n Malaysia,” kata agensi penarafan itu. BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia