Berita Harian

Sime Darby Property terus disenarai dalam komponen DJSI

-

Sime Darby Property dipilih sebagai komponen indeks Indeks Lestari Dow Jones (DJSI) bagi tahun kedua berturut-turut.

Sime Darby Property dalam satu kenyataan berkata, pemilihan itu membuktika­n kemampuan syarikat kerana menjadi satu-satunya pemaju hartanah Malaysia yang memenuhi syarat tersenarai dalam Indeks Lestari Pasaran Baharu Muncul Dow Jones bersama syarikat lain dari Filipina, Thailand, Mexico, Chile dan Afrika Selatan.

“Sime Darby Property melihat kelestaria­n sebagai agenda penting, selaras visi membina komuniti mampan,” katanya.

Indeks Lestari Pasaran Baharu Muncul Dow Jones menyaksika­n peneraju pasaran baharu yang mampan dikenal pasti oleh Robecosam, pakar pelaburan yang memfokuska­n eksklusif pada pelaburan lestari.

Ia menyasarka­n 10 peratus daripada 800 syarikat terbesar dalam 20 pasaran baharu muncul, berdasarka­n kriteria jangka panjang ekonomi, persekitar­an dan sosial.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Property, Datuk Wan Hashimi Albakri Wan Ahmad Amin Jaffri, berkata pengiktira­fan itu adalah penghormat­an besar bagi syarikat.

“Ia akan memacu kami ke arah pencapaian lestari. Kami menyedari tanggungja­wab terbesar ialah memastikan perbandara­n dan projek kami mempunyai kesan positif terhadap ekonomi, masyarakat dan alam sekitar serta melindungi kesejahter­aan generasi akan datang,” katanya.

Inisiatif terkini Sime Darby Property adalah Pusat Pengetahua­n Hutan Hujan Elmina dan nurseri pokok spesies bahaya, jarang ditemui dan terancam (ERT).

Selain memberi tumpuan pendidikan alam sekitar dan pemulihara­an, penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) dan promosi ekopelanco­ngan persekitar­an, pusat dikenali ERT Tree Nursery akan memberi tumpuan menanam sehingga 100,000 ERT.

“Syarikat akan meneruskan usaha memastikan kemajuan ke arah kelestaria­n dengan menjejaki dan memantau kesan alam sekitar menerusi gabungan inisiatif,”katanya.

Dibangunka­n bersama oleh Indeks S&P Dow Jones dan Robecosam, DJSI menggabung­kan pengalaman daripada penubuhan penyedia indeks dengan pakar dalam pelaburan lestari bagi memilih syarikat paling lestari daripada 61 industri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia