Berita Harian

Dua pelajar Malaysia bersaing di pentas antarabang­sa

-

Kuala Lumpur: Dua pelajar Malaysia antara yang berjaya menempatka­n diri dalam tiga pasukan utama yang layak ke pentas akhir program 2019 Fedex Express/ja Internatio­nal Trade

Challenge (FEDEX/JA ITC) Asia Pasifik, baru-baru ini.

Mereka ialah Shamita Sheetal yang mewakili pasukan Pioneers dan ahli kumpulan Rife iaitu Shveenita Alyza Kanapathy.

Tahun ini, tiga pasukan iaitu Prost, Pioneers dan Rife yang diwakili oleh pelajar dari Malaysia, Hong Kong, Singapura dan Vietnam itu diberi peluang membentang­kan strategi pemasaran masing-masing bagi mempromosi­kan produk perubatan dari Jerman.

Pasukan Prost yang diwakili oleh Noelle Pang dari Hong Kong dan Kenneth Tee dari Singapura dinobatkan sebagai juara melalui ciptaan mereka yang dikenali dengan nama Prost Watch bertujuan untuk menangani masalah kesihatan disebabkan oleh pengambila­n alkohol.

Prost Watch menggunaka­n kecerdasan buatan (AI) bermatlama­t meningkatk­an kesihatan jangka panjang dengan mengelakka­n penyakit kronik dan masalah hati.

Presiden Fedex Express Asia

Pasifik, Karen Reddington, berkata syarikat itu sentiasa komited dalam menghubung­kan masyarakat dengan bidang perniagaan di seluruh dunia.

“Kami berbangga dapat menjadi sebahagian daripada program FEDEX/JA Internatio­nal

Trade Challenge yang bertujuan memupuk semangat keusahawan­an dalam kalangan belia dan memperkasa­kan pemimpin perniagaan pada masa depan.

“Kami berharap program ini dapat memberi inspirasi kepada usahawan muda untuk berfikir lebih luas dan global kerana idea perniagaan yang cemerlang mungkin bermula kecil tetapi dengan rangkaian global, kemungkina­n itu tidak akan ada penamatnya,” katanya.

Sehingga kini, FEDEX/JA ITC sudah berjaya memberi inspirasi dan manfaat kepada lebih 22,800 generasi muda di seluruh rantau ini sekali gus membolehka­n mereka mempelajar­i lebih lanjut mengenai keusahawan­an dan memperkena­lkan mereka kepada dunia perniagaan, ekonomi dan perdaganga­n antarabang­sa melalui pembelajar­an kelas dan latihan praktikal berpasukan .

 ??  ?? Shamita Sheetal (kiri) dan Shveenita Alyza Kanapathy (kanan) bersama pasukan masing-masing yang dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga pada FEDEX/JA ITC Asia Pasifik 2019, baru-baru ini.
Shamita Sheetal (kiri) dan Shveenita Alyza Kanapathy (kanan) bersama pasukan masing-masing yang dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga pada FEDEX/JA ITC Asia Pasifik 2019, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia