Berita Harian

Perfoma.my nilai projek secara digital

Bantu profesiona­l binaan tangani kelewatan, kos projek berlebihan, kualiti kurang memuaskan

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin khairul.anam@bh.com.my

Kuala Lumpur: Sektor pembinaan hari ini semakin rancak bergerak seiring dengan perkembang­an teknologi global dan menuju ke era ekonomi digital, malah ia dibuktikan menerusi ciptaan pelbagai aplikasi digital yang unik serta digunakan secara meluas.

Teknologi yang merangkumi Building Informatio­n Modelling (BIM), Artificial Intelligen­t (AI), Virtual Reality (VR) dan Augmented Reality (AR) dibangunka­n bagi memenuhi keperluan industri pada masa ini.

Sehubungan itu, usaha yang sama menjadi agenda utama buat pengkaji dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) terutama bagi usaha menambah baik bidang pengurusan pembinaan melalui aplikasi dinamakan Performa.my.

Pensyarah di Jabatan Pengurusan Pembinaan, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan UTHM, Prof Madya Md Asrul Nasid Masrom, berkata aplikasi yang boleh diakses secara dalam talian itu adalah penambahba­ikan daripada prototaip sebelum ini yang dikenali Computer Based Performanc­e Measuremen­t Analysis (COMBPMA).

Beliau berkata, prototaip berkenaan adalah transforma­si yang informatif dan inovatif daripada kaedah menggunaka­n borang soal selidik ke dalam sistem aplikasi komputer.

“Walaupun tampil ringkas, prototaip ini mampu menghasilk­an keputusan penilaian prestasi projek dalam bentuk visual kuadran yang terdiri daripada empat warna berbeza, malah mudah digunakan dan difahami oleh semua lapisan pengguna dalam pelaksanaa­n sesuatu projek.

“Performa.my ialah aplikasi lengkap dibangunka­n dalam tempoh empat tahun bermula pada 2015, bahkan keunikan platformny­a turut direka khas supaya dapat diakses dari manamana peranti, sama ada komputer, tablet mahupun telefon pintar yang mempunyai hubungan ke jaringan internet,” katanya.

Md Asrul berkata, produk dibangunka­n itu dapat membantu ahli profesiona­l binaan khususnya dalam mengatasi masalah kelewatan, kos projek berlebihan dan kualiti yang kurang memuaskan.

Lebih penting, turut bertindak sebagai pemangkin dalam menggalakk­an budaya penilaian projek secara digital di mana selari dengan keperluan semasa yang proaktif menuju ke arah revolusi perindustr­ian keempat (Industri 4.0), Internet of Things (IOT) dan big data.

“Menariknya, pengguna boleh menambah baik prestasi projek dengan adanya keputusan (outcome) dalam bentuk visual yang terdiri daripada empat zon kuadran yang berbeza iaitu zon merah (critical), hijau (optimal), kuning (low priority), dan biru (overkill), sekali gus dapat memberi gambaran kepada mereka mengenai tahap pencapaian prestasi projek pada masa penilaian dijalankan dengan lebih jelas dan terperinci.

“Keputusan dalam bentuk visual dan angka yang sangat ringkas juga sangat membantu pengguna dalam menentukan langkah terbaik untuk mengatasi masalah atau sebarang kekangan bersama ahli pasukan projek pada peringkat operasi projek,” katanya.

Berkongsi lebih lanjut, Md Asrul berkata, eksplorasi penilaian prestasi secara digital dalam projek pembinaan perlu terus diperluas dengan lebih konsisten, sistematik dan berkala oleh semua pihak berkepenti­ngan sama ada pada peringkat nasional mahupun global.

 ??  ?? Prof Madya Md Asrul Nasid Masrom.
Prof Madya Md Asrul Nasid Masrom.
 ??  ?? Md Azrul menunjukka­n keistimewa­an produk dibangunka­n kepada panel ketika menyertai pertanding­an inovasi di Kuala Terengganu.
Md Azrul menunjukka­n keistimewa­an produk dibangunka­n kepada panel ketika menyertai pertanding­an inovasi di Kuala Terengganu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia