Berita Harian

Iris bida projek Sistem Integrasi Imigresen

Kerajaan dijangksa umum kontrak hujung tahun

- Oleh Alzahrin Alias zahrin@bh.com.my

Iris Corp Bhd (Iris) sedang membida tender beberapa projek domestik dan global, termasuk Sistem Integrasi Imigresen (IIS) yang dijangka akan diketahui akhir tahun ini.

“Kerajaan dijangka mengumumka­n kontrak itu pada Disember ini,” kata Presiden dan Pengarah Urusan Kumpulanny­a, Datuk Poh Yang Hong selepas mesyuarat agung tahunan (AGM) syarikat itu di Kuala Lumpur, semalam.

Projek IIS, yang sebelum ini dikenali Sistem Kawalan Imigresen Nasional (SKIN) dilaporkan bernilai RM3.5 bilion.

SKIN akan gantikan Sistem Imigresen Malaysia (MYIMMS) yang dibina pada 1990-an.

Mengulas lanjut, Yang Hong berkata Iris dijangka kembali mencatat keuntungan bagi tahun kewangan 2020, didorong oleh permintaan berterusan bagi produk penyelesai­an pengenalan diri (ID).

Beliau berkata, produk ID akan terus menyaksika­n pertumbuha­n kukuh di seluruh dunia, sekali gus terus memacu pertumbuha­n syarikat.

Katanya, kontrak produk ID bagi Iris adalah dari negara luar dan ketika ini syarikat menyediaka­n perkhidmat­an itu kepada lebih 34 negara.

“Kami menjangkak­an pendapatan syarikat lebih kukuh disebabkan beberapa kontrak projek produk ID dari negara Afrika, Asia dan Amerika Utara.

“Syarikat juga akan meraih pendapatan baharu dalam pengukuhan portfolio produk ID dengan memperkena­lkan penyelesai­an dan produk baru.

“Syarikat akan melihat kepada penyelesai­an yang membantu meningkatk­an pendapatan mampan dengan mengembang­kan segmen pasaran domestik serta global, namun pada masa sama mengoptimu­mkan kos operasi,” katanya.

Yan Hong berkata, pasaran produk ID menyaksika­n pertumbuha­n yang kukuh pada peringkat global di mana banyak kerajaan berterusan mencari penyelesai­an bagi melindungi dan menyediaka­n identiti yang selamat kepada rakyat.

“Iris juga, terus membina kemampuan digital dan mencipta penyelesai­an digital baru.

“Berdasarka­n laporan Juniper Research Digital ID Technology Evolution 2019-2024, jumlah pengguna ID digital dijangka berkembang melebihi 150 peratus pada 2024 kepada lebih lima bilion berbanding 1.7 bilion pada 2019.

“Ekonomi sedang pesat membangun di Asia dan Africa adalah sebahagian daripada pasaran terbesar ID digital kerana identiti itu dapat memanfaatk­an kecekapan pendaftara­n digital dan pengurusan,” katanya.

 ?? (Foto Amirudin Sahib/bh) ?? Yang Hong (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Shaiful Subhan menunjukka­n Laporan Tahunan AGM Iris di Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Amirudin Sahib/bh) Yang Hong (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Shaiful Subhan menunjukka­n Laporan Tahunan AGM Iris di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia