Berita Harian

Rumah mampu milik Sarawak seiring dasar SPU

Harga jualan PPR diselaras kerana kenaikan kos bahan binaan, logistik

- Oleh Melvin Joni bhnews@bh.com.my

Kuching: Pelaksanaa­n Program Perumahan Rakyat (PPR) di Sarawak sentiasa seiring dengan dasar perumahan mampu milik diluluskan Unit Perancang Negeri (SPU) yang berkuat kuasa sejak 2011 tanpa sebarang kos tambahan dikenakan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembanguna­n Perumahan (HDC), Mohd Asman Ahmad, berkata disebabkan kenaikan kos bahan binaan dan logistik, Kabinet Sarawak menyelaras­kan harga jualan perumahan kos rendah pada harga RM50,400 bagi unit tengah dan RM59,200 bagi setiap unit penjuru.

Katanya, harga ditetapkan itu masih berada dalam kategori mampu milik, malah kadar berkenaan disifatkan tidak membebanka­n, sekali gus membantu rakyat memiliki rumah.

“Ia turut diguna pakai bagi projek perumahan kos rendah dibangunka­n HDC. Apabila PPR yang dijual dilaksanak­an Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Sarawak, kami menggunaka­n harga sama seperti dipraktikk­an,” katanya dalam kenyataan, di sini kelmarin.

Mengenai PPR yang dibina dan dibiayai KPKT di Sarawak, Asman berkata, pelaksanaa­n PPR pertama untuk jualan sudah siap pada 2015 dan diserahkan kepada HDC pada 2017.

“Bila projek selesai, ia mengambil masa lebih 25 bulan untuk HDC menyerahka­n rumah disebabkan kesukaran pembeli mendapatka­n pembiayaan dari institusi kewangan.

“Ini menyebabka­n HDC terpaksa menanggung kos kerja pembaikan, membuat keputusan, selain membayar sumbangan modal kepada agensi utiliti,” katanya.

Atas inisiatif HDC juga, Mutiara Mortgage and Credit Sdn Bhd ditubuhkan bagi membantu menyediaka­n pembiayaan kepada pembeli rumah yang layak.

Pembanguna­n PPR di Sarawak dibiayai Kerajaan Persekutua­n melalui KPKT dan dikendalik­an HDC di kawasan disediakan kerajaan negeri.

Harga ditetapkan masih berada dalam kategori mampu milik. Mohd Asman Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif HDC

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia