Berita Harian

PM puji Stesen Jana Kuasa Battersea

Pembanguna­n tapak ikonik babit pelabur Malaysia membanggak­an

-

London: Tun Dr Mahathir Mohamad memuji pembanguna­n Stesen Jana Kuasa Battersea selepas melawat tapak ikonik yang menjadi pelaburan terbesar Malaysia di United Kingdom (UK).

Perdana Menteri dibawa ke Scott Penthouse untuk melihat sendiri keseluruha­n projek stesen jana kuasa dan pesisir sungai berhampira­n.

“Saya tidak sangka ia sehebat ini. Saya rasa ia sesuatu yang boleh kita banggakan untuk Malaysia menghasilk­an sesuatu yang seperti ini,” katanya di sini, semalam.

Perdana Menteri turut tidak melepaskan peluang berswafoto dengan empat cerobong asap yang masih dalam pembinaan di tapak bangunan ikonik itu.

Walaupun kebanyakan program dirancangk­an untuk Perdana Menteri, termasuk melawat tapak itu terpaksa dibatalkan kerana hujan, Dr Mahathir jelas kagum dengan apa yang beliau saksikan.

Ia juga adalah lawatan pertama beliau ke tapak ikonik yang dibangunka­n konsortium Malaysia itu sejak menjadi Perdana Menteri buat kali kedua pada Mei tahun lalu.

Lawatan selama satu jam setengah itu dilakukan semasa lawatan kerja dua hari ke London, selepas menghadiri Perhimpuna­n Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) Ke-74 di New York, Amerika Syarikat.

Beliau turut diiringi Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan Pesuruhjay­a Tinggi Malaysia ke UK dan Ireland, Datuk Mohamad Sadik Kethergany.

Pembanguna­n Stesen Jana Kuasa Battersea dimiliki oleh pelabur konsortium Malaysia membabitka­n SP Setia, Sime Darby Property dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), manakala aset komersial di dalam bangunan stesen jana kuasa itu kini dimiliki secara langsung oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan KWSP.

Syarikat Stesen Jana Kuasa Battersea yang berpusat di British pula bertanggun­gjawab menguruska­n pembanguna­n stesen jana kuasa itu.

Projek di atas tapak seluas 17 hektar itu merangkumi ruang komersial bercampur seluas 3.5 meter kaki persegi dan 4,239 perumahan baharu.

Circus West Village adalah pembanguna­n fasa pertama yang dibuka kepada umum pada 2017, membentuk pusat kejiranan di situ, dengan pelbagai kedai dan restoran baharu serta program dan acara yang dinikmati lebih dua juta penduduk setakat ini.

Dalam lawatan sama, Perdana Menteri turut menandatan­gani satu plak sebagai tanda kehadirann­ya ke tapak projek Stesen Jana Kuasa Battersea.

Sementara itu, ketika bertemu wartawan Malaysia, Naib Presiden Eksekutif Hartanah PNB, Rick Ramli, berkata Perdana Menteri menunjukka­n minat mendalam terhadap perkembang­an keseluruha­n projek berkenaan.

“Beliau berminat dengan pelbagai komponen, apa yang menjadikan­nya unik berbanding yang lain dan lebih penting, bagaimana Malaysia mendapat manfaat dan menyumbang pada projek ini.

“Apabila projek ini dan Malaysia Square selesai dibangunka­n pada 2021, adalah menjadi kebanggaan kami jika beliau dapat merasmikan­nya,” katanya.

Dengan berakhirny­a Fasa 1, Fasa 2 projek pula dijangka selesai pada musim panas 2021, merangkumi pembinaan di dalam stesen jana kuasa itu sendiri sebelum disusuli Fasa 3.

 ?? (foto ihsan Wisma Putra) ?? Dr Mahathir mengadakan lawatan ke tapak projek Stesen Jana Kuasa Battersea di London, semalam.
(foto ihsan Wisma Putra) Dr Mahathir mengadakan lawatan ke tapak projek Stesen Jana Kuasa Battersea di London, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia