Berita Harian

Beli kereta ikut kemampuan bukan terpengaru­h trend semasa

-

Pada hari ini, kita dapat melihat setiap satu keluarga atau sesebuah rumah memiliki sekurang-kurangnya sebuah kereta.

Ini memperliha­tkan kereta amat penting kerana kereta dapat digunakan terutama ketika cuaca tidak menentu ataupun untuk perjalanan jarak jauh.

Untuk memiliki sebuah kereta, pembeli haruslah faham mengenai jenis kereta bersama harga yang bersesuaia­n dengan keadaan diri semasa. Pembeli harus bijak dalam membuat keputusan.

Pernah suatu ketika, terdapat isu graduan yang baru bekerja, sudah membeli kereta di luar kemampuan. Masyarakat memandang isu ini sebagai satu kesilapan besar kepada graduan itu.

Kereta mahal bukan keperluan asas penting yang diperlukan apabila baru sahaja melangkah ke alam pekerjaan. Jika ingin memiliki kereta baharu, pilihlah yang berstatus mampu milik.

Masyarakat dinasihatk­an tidak terlalu mengikut trend semasa dalam memiliki kereta. Jangan dibandingk­an dengan kereta rakan seperjuang­an. Jangan kerana hutang kereta, keperluan asas lain terabai.

Begitu juga dengan sesebuah keluarga. Belilah kereta yang bersesuaia­n dengan jumlah ahli keluarga dan jumlah pendapatan seisi keluarga.

Faktor kekerapan penggunaan kereta juga perlu diambil kira. Ini dapat mengelakka­n kereta hanya tersadai di garaj ataupun tidak mampu dibayar dan akhirnya ditarik oleh pihak bank.

Oleh itu, berpada dalam memilih jenis kereta. Pelbagai faktor perlu diambil kira. Syarikat penjualan kereta juga harus bersama mengambil berat akan isu ini dan tidak hanya mementingk­an keuntungan syarikat semata-mata.

Penjual perlu memberi penerangan jelas kepada pembeli agar kedua-dua pihak dapat memperoleh manfaat bersama.

Shafaruniz­a Mahadi,

Pensyarah Kanan Universiti Teknologi MARA, Johor

Belilah kereta bersesuaia­n dengan jumlah ahli keluarga dan jumlah pendapatan seisi keluarga.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia