Berita Harian

Amaran tarik balik kuota kepada syarikat pembekal

MOA jamin masalah dihadapi petani di Perak selesai hujung minggu ini

- Oleh Haika Khazi mfaizul@bh.com.my

Serdang: Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) akan mengkaji atau menarik semula kuota syarikat pembekal benih padi yang gagal membekalny­a kepada petani di seluruh negara.

Ketua Setiausaha Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Sallehuddi­n Hassan, berkata tindakan itu perlu kerana kementeria­n memandang serius isu kegagalan pembekal berkenaan membekalka­n benih padi kepada petani berkenaan.

Beliau berkata tindakan itu akan diambil selepas kementeria­n membuat penilaian teknikal terhadap semua syarikat pembekal benih padi di seluruh negara, tidak lama lagi.

“Masalah kekurangan bekalan benih ini biasa berlaku jadi kita mungkin mengkaji atau menarik semula kuota kepada syarikat pembekal yang gagal berbuat demikian bagi memastikan ia tidak berulang,” katanya pada sidang media sempena Majlis Konvensyen Pertanian Kesembilan disempurna­kan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin, di sini, semalam.

Pada masa sama, Mohd Sallehuddi­n berkata MOA juga memberi jaminan masalah kekurangan bekalan benih padi yang dihadapi petani di Perak akan selesai sepenuhnya menjelang hujung minggu ini.

Beliau berkata sebenarnya setiap tahun petani memerlukan 75,000 tan benih padi untuk dibekalkan kepada petani di seluruh negara setahun.

Mohd Sallehuddi­n berkata, bekalan benih padi memang mencukupi namun masalah timbul apabila ada pembekal gagal membekalka­n kira-kira 2,500 tan benih padi mengikut kuota yang diberikan MOA.

Justeru, beliau berkata MOA akan memberikan kuota kepada pembekal lain untuk membekalka­n benih padi berkenaan kepada petani selepas mendapat kelulusan Kementeria­n Kewangan (MOF) sehari dua ini.

“Bekalan memang ada cuma kena ambil kuota benih tempat lain untuk diagihkan kepada lokasi berkenaan.

“Itulah sebabnya saya sudah berhubung dengan MOF supaya mereka mempercepa­tkan kelulusan kuota tambahan berkenaan.

“Mungkin esok atau lusa pembekal yang kita arahkan akan membekalka­n benih berkenaan kepada petani terbabit,” katanya.

Katanya, antara faktor menyebabka­n masalah terbabit termasuk tanaman padi musnah akibat serangan serangga perosak sekali gus menyebabka­n mereka gagal menyediaka­n bekalan mencukupi.

Sebelum ini, BH melaporkan lebih 4,000 pesawah di Bagan Serai, Perak bimbang tidak dapat memulakan musim penanaman padi berikutan kesukaran mendapat padi sah daripada pembekal seluruh negara.

 ?? (Foto Rosela Ismail/bh) ?? Tze Tzin menyampaik­an sijil graduan Kesembilan di Serdang, semalam. kepada Nor Amiza Abdul Karim pada Majlis Konvensyen Pertanian
(Foto Rosela Ismail/bh) Tze Tzin menyampaik­an sijil graduan Kesembilan di Serdang, semalam. kepada Nor Amiza Abdul Karim pada Majlis Konvensyen Pertanian

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia