Berita Harian

Belanjawan 2020 sedia lebih banyak peluang kerja

Kerajaan mahu rakyat dapat peluang sama rata dengan gaji munasabah

-

Putrajaya: Belanjawan 2020 yang akan dibentangk­an pada 11 Oktober ini, akan memberi penekanan kepada usaha mewujudkan lebih banyak peluang kerja dengan gaji munasabah.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata ia bagi memberikan semangat dan motivasi kepada rakyat untuk bekerja kerana terdapat keperluan untuk memastikan setiap rakyat mendapat peluang sama rata dalam mencari kerja yang memberi gaji munasabah.

“Saya percaya pekerja Malaysia lebih baik berbanding pekerja asing dari Bangladesh dan Myanmar, tetapi anda perlu beri mereka insentif yang betul. Tiada sebab pekerja kita terlepas peluang kerja kepada pekerja Myanmar dan Bangladesh.

“Apa yang kurang mungkin motivasi dan semangat yang boleh ditemukan menerusi gaji lebih baik,” katanya dalam temu bual dengan BERNAMA sambil menambah, penekanan juga akan diberi kepada bagaimana mewujudkan kerja dengan gaji munasabah sepadan kemahiran.

Sementara itu, Guan Eng berkata, kementeria­nnya turut mengamalka­n dasar baharu pada tahun ini yang akan memulangka­n semua simpanan dibuat oleh mana-mana kementeria­n menerusi pembaharua­n pentadbira­n kepada kementeria­n yang sama.

Pada masa lalu, katanya, simpanan itu akan dikembalik­an semula kepada kerajaan, tetapi dengan dasar baharu, kementeria­n boleh menikmati sepenuhnya simpanan dijana daripada pembaharua­n pentadbira­n.

“Ini akan membolehka­n mereka menjalanka­n lebih banyak projek kerana mereka tidak lagi perlukan kelulusan Kementeria­n Kewangan apabila perlu menggunaka­n simpanan itu.

“Kami melihat kementeria­n-kementeria­n begitu bersemanga­t untuk mengurangk­an kos kerana mereka boleh menggunaka­n simpanan untuk projek lain. Kami fikir ini akan menjadi pencetus perubahan untuk tempoh lima tahun akan datang,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata, maklumat boleh mempunyai impak positif serta negatif, bergantung bagaimana ia dilihat dan mengenai tahap hutang negara, semuanya berjalan lancar berikutan kerajaan mengimbang­inya mengikut kemampuann­ya.

“Dalam ekonomi defisit, kita tidak boleh mengelak daripada membuat pinjaman, tetapi penting bagaimana ia disalurkan,” katanya menegaskan, hutang diwarisi daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini, yang dengan mudah membawa kepada pembiayaan luar belanjawan untuk menyembuny­ikan hutang yang meragukan.

Sejak Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan pada Mei 2018, katanya, semakan semula yang menyeluruh dilaksanak­an terhadap obligasi kewangan kerajaan, yang mengesahka­n hutang dan liabiliti kerajaan berjumlah RM1.087 trilion sehingga akhir 2017.

Walaupun jumlah hutang dan liabiliti kerajaan berkuranga­n kepada 75.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2018 berbanding 79.3 peratus pada 2017, hutang langsung naik kepada 51.2 peratus daripada KDNK berbanding 50.1 peratus.

“Ini (hutang langsung meningkat) pada dasarnya untuk membiayai defisit fiskal kita, terutama perbelanja­an pembanguna­n (walaupun) kami (PH) tidak melaksanak­an apa-apa projek mega (baharu).

“Ini projek pembanguna­n di bawah rancangan lima tahun (Rancangan Malaysia Ke-11 2016-2020). Perbelanja­an pembanguna­n perlu diteruskan, terutama dalam bidang penting seperti hospital dan infrastruk­tur awam,” katanya.

Beliau berkata, di bawah kerajaan BN, defisit atau kekurangan itu dilindungi hasil kerajaan, tetapi PH tidak boleh berbuat demikian di bawah pentadbira­n sekarang berikutan kerajaan perlu menggunaka­n sebahagian­nya untuk membayar bayaran faedah dan hutang.

“Misalnya, kami mula membayar faedah dan obligasi hutang 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB). Pembayaran berkaitan 1MDB akan meningkat sebelum ia mula berkuranga­n selepas 10 tahun.

“Ingat skandal yang membabitka­n RM52 bilion (termasuk faedah) dengan tempoh 20 tahun. Pada 2020 sahaja, kami melihat kenaikan faedah bayaran hutang sehingga RM2 bilion,” katanya.

Katanya, obligasi dan bayaran tambahan itu dilakukan dengan berhati-hati oleh kerajaan terdahulu, menjadikan lembaran imbangan seolah-olah mempunyai ruang untuk meminjam lagi.

Bagaimanap­un, beliau berkata, Kerajaan PH amat terbuka mengenai bagaimana ia membiayai projek pembanguna­n yang dalam bentuk pinjaman membawa kepada peningkata­n hutang langsung.

Guan Eng berkata, wang daripada Tabung Harapan Malaysia yang berjumlah RM203.29 juta sehingga 31 Mac lalu, akan digunakan sepenuhnya menjelang akhir tahun ini untuk menyelesai­kan sebahagian daripada hutang dan obligasi faedah 1MDB. BERNAMA

Saya percaya pekerja Malaysia lebih baik berbanding pekerja asing dari Bangladesh dan Myanmar, tetapi anda perlu beri mereka insentif yang betul.

Lim Guan Eng, Menteri Kewangan

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia