Berita Harian

BERSATU sokong Kongres Maruah Melayu

-

Kuala Lumpur: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menyokong penganjura­n Kongres Maruah Melayu (KMM) yang dijadual diadakan di Stadium Malawati di Shah Alam, Ahad ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Marzuki Yahya ketika dihubungi semalam, berkata Tun Dr Mahathir Mohamad juga difahamkan akan turut serta pada perhimpuna­n itu kerana agendanya untuk membincang­kan isu berkaitan kedudukan Melayu, Islam dan kebudayaan.

“BERSATU juga tidak halang ahli hadir kerana ia bukan anjuran parti politik, bukan seperti perhimpuna­n ummah anjuran PAS dan UMNO kerana ia adalah kerjasama politik. Perhimpuna­n ini membicarak­an maruah orang Melayu di negara ini,” katanya.

KMM anjuran Pusat Kecemerlan­gan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (UM) dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Kongres berkenaan akan membincang­kan isu pendidikan, agama, budaya, politik dan ekonomi dari perspektif orang Melayu.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin

BERSATU juga tidak halang ahli hadir kerana ia bukan anjuran parti politik, bukan seperti perhimpuna­n ummah anjuran PAS dan UMNO kerana ia adalah kerjasama politik.

Hassan dalam satu kenyataan, berkata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan turut hadir pada program berkenaan.

“Parti menerima jemputan daripada penganjur dan mesyuarat Jawatankua­sa Harian PAS Pusat mengambil ketetapan bersetuju untuk Presiden menghadiri kongres itu. Ia tanda jiwa besar PAS bagi mengukuhka­n perpaduan ummah dan nasional dalam negara ini,” katanya.

Kelmarin, UMNO mendakwa empat universiti awam (UA), iaitu UM, Universiti Teknologi MARA (UITM), UPM dan UPSI diperalatk­an BERSATU bagi menganjurk­an kongres berkenaan.

Marzuki Yahya, Setiausaha Agung BERSATU

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia