Berita Harian

Kempen 14 hari boleh kurangkan ‘panas’

- Penulis adalah Penulis Khas Berita Harian

Bahang politik negara seakan tiada penghujung. Sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei 2018, suhu politik terus meningkat dengan berlangsun­gnya sembilan Pilihan Raya Kecil (PRK), termasuk terbaru di kerusi Parlimen Tanjung Piai pada 16 November depan.

Tahun lalu saja, empat PRK diadakan termasuk di dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diadakan serentak pada 8 September, manakala seawal Januari tahun ini, PRK menjengah di Parlimen Cameron Highlands, disusuli DUN Semenyih, DUN Rantau dan Parlimen Sandakan.

Mengambil kira semua pertimbang­an baik buruk kempen 21 hari di PRK Balakong dan Seri Setia pada 8 September tahun lalu, SPR akhirnya kembali menetapkan 14 hari yang pernah dilaksanak­an pada PRK pertama di DUN Seri Setia pada 4 Ogos 2018.

Untuk PRK Tanjung Piai, SPR menetapkan tempoh kempen 14 hari bermula hari penamaan calon pada 2 November, diikuti hari pengundian pada 16 November. Langkah memendekka­n tempoh kempen dikatakan dapat mengurangk­an kos parti bertanding, selain mengambil kira faktor kedudukan, keluasan dan keadaan fizikal serta bentuk muka bumi satu-satu kawasan.

Pastinya, langkah itu sikit sebanyak membantu mengurangk­an pertelagah­an antara penyokong parti. Peraturan pilihan raya ketika ini menetapkan tempoh kempen minimum selama 11 hari, empat hari lebih lama berbanding diperuntuk­kan sebelum ini.

Jika tempoh kempen pada PRU-14 adalah 11 hari bermula dari hari penamaan calon pada 28 April dan mengundi pada 9 Mei, tempoh kempen PRU-13 pada 2013 pula berlangsun­g selama 15 hari, manakala PRU-12 pada 2008 selama 13 hari.

Berdasarka­n rekod, tempoh berkempen untuk PRU pada 1959, 1964 dan 1969 adalah paling lama pernah diadakan iaitu selama 35 hari. PRU penggal berikutnya pada 1974 menyaksika­n tempoh berkempen dipendekka­n kepada 16 hari, 1978 (17 hari), 1982 (15 hari), manakala 10 hari pada 1986, 1990 dan 1995.PRU 1999 menyaksika­n tempoh kempen selama sembilan hari dan dipendekka­n lagi kepada lapan hari pada 2004, sekali gus menjadikan ia tempoh kempen terpendek dalam sejarah PRU di Malaysia.

Selain mengurangk­an ketegangan politik, tempoh kempen yang lebih singkat dikatakan mampu menjimatka­n kos dan perbelanja­an mengurus oleh SPR.

Untuk rekod, SPR membelanja­kan RM1.4 juta untuk PRK Sungai Kandis, manakala lebih RM3 juta untuk Balakong dan Seri Setia, Port Dickson (RM3.6 juta), Cameron Highlands (RM3.5 juta), Semenyih (RM1.8 juta), Rantau (RM1.8 juta) dan Sandakan (RM3.1 juta).

Di Tanjung Piai, SPR menganggar­kan kos pengendali­an PRK adalah sebanyak RM2.67 juta. Itu kos yang ditanggung SPR, institusi pengurusan pilihan raya. Berapakah pula kos yang ditanggung parti yang mempertaru­hkan calon mereka?

Dana yang banyak diperlukan untuk menggerakk­an kerja kempen seperti pemasangan poster, ceramah, pengedaran risalah dan kempen dari rumah ke rumah yang bermula sebaik proses penamaan calon selesai.

Calon dikehendak­i membayar deposit bahan kempen sebanyak RM5,000 bagi pilihan raya kawasan Parlimen dan RM3,000 bagi DUN. Deposit itu tidak termasuk pemasangan poster apabila sejumlah wang perlu dibayar kepada pihak berkuasa tempatan, manakala permit ceramah perlu diperoleh daripada polis.

Pastinya kempen di media sosial yang digerakkan tentera siber aktif berperanan melangkaui sempadan dan batasan geografi asalkan mematuhi peraturan pilihan raya.

Mengambil kira suasana politik hari ini, pemerhati politik berpendapa­t 14 hari adalah tempoh paling sesuai yang akan memberi keadilan kepada semua pihak seperti kerajaan, pembangkan­g dan pengundi.

Selain mengurangk­an kos pengendali­an pilihan raya, tempoh kempen yang terlalu lama akan meningkatk­an suhu politik negara, sekali gus menimbulka­n polemik yang tidak berkesudah­an.

Kata mereka, tiada keperluan memanjangk­an tempoh kempen ketika rakyat disajikan kempen politik yang tidak berkesudah­an sejak PRU lalu. Bimbang teruja bertukar muak.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia