Berita Harian

‘Lawatan Putera Mahkota Abu Dhabi dirancang Jho Low’

Projek usaha sama diatur ahli perniagaan untuk dapat sokongan politik

- Oleh Ahmad Johari Mohd Ali, Siti Nurazlinee Azmi dan Farah Marshita Abdul Patah. bhnews@bharian.com.my

Kuala Lumpur: Lawatan Putera Mahkota Abu Dhabi, Mohammed Bin Zayed Al-nahyan ke Malaysia pada 2013, yang dirancang ahli perniagaan dikehendak­i polis, Low Taek Jho atau Jho Low, adalah landasan bagi mendapatka­n sokongan politik menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Lawatan itu bertujuan memberikan keyakinan kepada pelabur dan rakyat Malaysia bahawa usaha sama membabitka­n kedua-dua pihak adalah projek yang benar-benar berlaku.

Saksi pendakwaan kesembilan, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, berkata bagaimanap­un semua aturan yang dilaksanak­an dalam projek usaha sama membawa kepada objektif yang tidak pasti apabila dilihat kepada semua aspek kerja.

Shahrol Azral berkata, apa yang diberitahu Jho Low bahawa penjanaan dana (bagi usaha sama) di antara 1MDB dan Aabar Investment PJS Ltd akan memberikan impak besar kepada PRU-13, pada awalnya tidak masuk akal dan tidak konsisten kerana pilihan raya berlangsun­g pada tahun sama.

“Oleh itu, saya yakin semua memang diatur dan ia berlaku dengan cepat... Cadangan usaha sama AS$6 bilion hanya diperkatak­an pada pertengaha­n Januari, tetapi lebih kurang dalam tempoh dua bulan semua berjaya dimuktamad­kan, termasuk pengeluara­n surat sokongan (LOS) oleh Kementeria­n Kewangan (MOF).

“Melalui perbincang­an dengan Putera Mahkota Abu Dhabi, maka ditubuhkan Abu Dhabi Malaysia Investment Company Limited (ADMIC) dan penubuhan 1MDB Global Investment­s Ltd (1MDB GIL)... penjanaan dana berjaya diperoleh sebanyak AS$3 bilion pada 19 Mac 2013 ke dalam akaun 1MDB GIL.

“Pada saya, ia sememangny­a suatu yang mustahil dan bukan melalui prosedur normal... ia bagaikan diatur kerana cadangan usaha sama dengan Aabar yang diluluskan pada Resolusi Pekeliling Pengarah (DCR) dijadikan pelan sandaran (kerana penilaian terhadap aset hartanah mengambil masa lama),” katanya.

Shahrol Azral berkata, pelan sandaran ialah sekiranya penjanaan dana tidak berjaya diperoleh melalui surat sokongan, usaha sama diteruskan seperti dalam DCR.

Katanya, ia menunjukka­n semua pihak langsung tidak mahu membuang masa dan akan mencuba segala kemungkina­n bagi menjayakan penjanaan dana dengan cepat.

Sementara itu, Shahrol Azral yang membacakan pernyataan saksi, berkata Jho Low yang merancang pertemuan antara Najib dan Mohammed Bin Zayed bagi menandatan­gani perjanjian usaha sama dua hala bernilai RM18 bilion (AS$6 bilion).

Saksi itu berkata, perjanjian dua hala itu membabitka­n usaha sama 1MDB dan Aabar Investment, iaitu anak syarikat Internatio­nal Petroleum Investment Company (IPIC) yang dimeterai pada 12 Mac 2013 di Putrajaya.

Beliau berkata, pertemuan itu adalah hasil daripada peranan Jho Low yang dibuat secara sulit.

Mengikut saksi, perjanjian usaha sama itu ditandatan­gani bekas Pengerusi 1MDB, Tan Sri Lodin

Semua aturan dilaksanak­an dalam projek usaha sama membawa kepada objektif tidak pasti apabila dilihat kepada semua aspek kerja.

Shahrol Azral Ibrahim Halmi, Saksi

Wok Kamaruddin bersama Pengerusi Aabar, HE Khadem Al Qubaisi.

Beliau berkata, majlis menandatan­gani perjanjian itu dibuat di hadapan Najib dan Mohammed Bin Zayed yang juga Timbalan Komander Tertinggi Pasukan Angkatan Darat Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Katanya, perjanjian itu adalah peristiwa besar dalam pelaburan antara 1MDB dan Aabar bagi menyempurn­akan usaha sama strategik kerajaan kepada kerajaan (G to G) bagi dua negara terbabit.

“Ini satu peristiwa besar yang jelas meyakinkan saya... Peranan Najib yang aktif dalam membincang­kan perkara itu dan juga arahan serta mandat daripada beliau meyakinkan saya untuk melaksanak­an usaha sama berkenaan.

“Semua perancanga­n adalah melalui Jho Low, iaitu individu penting yang diletakkan oleh Najib dalam menggarisk­an strategi beliau termasuk join venture (usaha sama).

“Tindakan Najib selari pelan tindakan Jho Low dalam merancang kerjasama itu dan mengikut corak kerjasama yang beliau tentukan,” katanya.

 ?? (Foto Nurul Shafina Jemenon/bh) ?? Shahrol Azral (kanan) hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Nurul Shafina Jemenon/bh) Shahrol Azral (kanan) hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia